Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, June 23, 2013

DOA SEORANG SAHABAT

DOA SEORANG SAHABAT

Hari ini tanggal 23 haribulan merupakan tarikh pemergian sahabat saya Arwah Zuridah Atan.Arwah dah meninggalkan saya selama 3 tahun iaitu pada 23 Jun 2010. Saya ingin semadikan cerita kami di sini, saya tulis 2 bulan lalu semasa saya turun ke Kota Kinabalu pada bulan April yang lalu.

Meremang bulu roma semasa melangkah masuk ke Airport Antarabangsa Kota Kinabalu tadi....3 tahun lalu, 6 Februari 2010 adalah kali terakhir kami ke KK bercuti bersama 2 keluarga sahabat kami iaitu keluarga Kak cik Shariza/Pak Ya dan juga keluarga Fauzi/Arwah Zuridah Atan.

Teringat masa nak balik tadi, di situlah kelibat Arwah Zu berjalan-jalan bersama-sama kami.Masa tu Arwah baru dapat detect cancer. Kalau ikutkan suami dia tak nak pergi, tapi...Arwah berkeras nak ikut holiday sekali..Suaminya Fauzi turutkan saja permintaan isteri tercinta...

Arwah Zu sangat dekat di hati saya, sehingga sekarang....Kerana dialah yang mula-mulanya mempercayai mission dan vision saya.Arwah adalah orang pertama yang yakin dengan bisnes chocolate cake ini. Dia menjadi kekuatan saya semasa banyak halangan yang kami tempuhi pada awalnya..

Teringat pulak dia yang excited dan konfiden ambik first order kawan seofisnya..Saya cuak jugak masa tu, ye lah...baru je testing-testing...tapi dia sangat konfiden! Bila sampai masanya, kek tu tak jadi...(tu la, awal-awal dah tak konfiden), retak jadinya!..Hehehe..manis kenangan bersamanya...

Tapi.....

Seminggu sebelum pembukaan kedai kami iaitu pada 16 Mei 2010, Arwah bersama suami datang ke rumah kami..Itulah kali terakhir dia datang ke rumah kami rupanya..Arwah dah agak kritikal masa tu..dia jadi lemah, dah lain lahhh...dah tak macam selalu...Tapi..., dari segi bercakap, masih maintain...ceria dan happy je muka dia...Ya Allah, rindunyaaa.....

Malam tersebut, kami menemani Arwah berubat di Gombak...sampai jam 3 pagi baru dapat jumpa dengan Ustaz..Balik dari jumpa Ustaz, Arwah tak tidur, dia terus mintak Quran, cari ayat-ayat yang diberikan Ustaz untuk diamalkan....Bertuah sungguh Arwah...kerana dia menghabiskan sisa-sisa nyawanya bergelumang dengan al-Quran..Subhanallah!! Apa yang Allah nak tunjukkan kepadaku?...Patutlah, semasa hari Arwah disemadikan, Arwah kelihatan senyum dan tenang..Masyaallah!..

Sebelum melangkah pulang keesokan hari, saya sangat ingat lagi Arwah berkata, "U....i doakan u berjaya..i yakin u pasti akan berjaya dalam bisnes u ini..".Teringat lagi bagaimana mimik muka Arwah, renungan mata Arwah yang tajam masuk ke jiwa saya masa dia berdoa (dengan mengangkat kedua belah tangannya)..Jarang dia serius, walaupun tengah sakit, selalunya dia suka ketawa...Tapi kali ni lain!..Dia serius, dia bersungguh-sungguh!...Berlinang air mata mengenangkan doa seorang sahabat istimewa yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya...Kami selalu katakan pada suami dan anak-anaknya, doa inilah antara yang terhebat yang membawa kami sehingga ke tahap ini kerana kata ibu saya, doa orang yang sakit memang diterima Allah...Wallahu'alam...Terima kasih Zu!...

Hilang di mata, tapi tetap bersemadi di hati....

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zuridah binti Atan dan kesemua umat Islam yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya....Semoga segala dosa mereka diampunkan Allah, dan dicucuri rahmat ke atas roh mereka...

Aminnn..Ya Rabbal'alaminnn......

0 comments:

Post a Comment