Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, June 4, 2013

ILMU AFDLIN SHAUKI @ Seminar Hidup Luar Biasa - 1 June 2013 (Wisma MCA)

ILMU AFDLIN SHAUKI @ Seminar Hidup Luar Biasa - 1 Jun 2013 (Wisma MCA)

1.Rahsia Orang Berjaya :
 i) Selalu pegi seminar
 ii) Sanggup berhabis duit untuk dapat ilmu
(Dr.Azizan ke US semalam untuk belajar selama lebih kurang 3 minggu,agak-agak berapa USD lah ye?....kita nak pegi yang 3 hari pun berkira?)
2.Kita semua adalah LUAR BIASA, antara berjuta-juta sperma, kita yang menang,lahirlah kita.
3.Allah memilih awak dari berjuta-juta sperma untuk hidup.
4.Dulu Afdlin darii keluarga susah,10 orang adik beradik,anak sulung.
5.Afdlin tinggal di flat Sri Sabah,sewa 100 ringgit lebih je sebulan.
6.Tidak ada harta pusaka.
7.Ibu kerani,ayah pemuzik.
8.Pegi sekolah ikut schedule, hari ada duit je pegi sekolah,kadang-kadang 2 hari sekali je ke sekolah
9.Dapat biasiswa bagi mak ayah bayar sewa rumah.
10.Tapi Afdlin sangat bersyukur, kesusahan itu membuatkan mereka rapat.
11.Dalam hidup kita, cerita kita, kita adalah HERO hidup kita.
12.Kita perlu ada " WHY" untuk jadi luar biasa.
13.Afdlin pegi kelas bayar RM10 ribu, ajar pasal why saja.
14.Seminar tu 5 hari, 3 hari cakap pasal why dan diri kita saja.
15.Kena buat 1 set gambar why, mak ayah,family,kaabah..etc
16.Afdlin kata,kelas macam ni Dr Azizan pun buat...hehehe..
17.Orang yang happy adalah orang yang Hidup Luar Biasa
18.Orang yang luar biasa buat benda yang orang tak buat.
19.Buat apa nak kawin dengan orang yang tak nak berjaya?(betul betul betull...)
20.Bila u buat yang u suka, u tak akan komplen macam-macam.
21.Afdlin citer, dia terlupa dia akan dapat gaji pengarahan masa dapat cek pertama RM35K, sebab dia enjoy sangat buat kerja yang dia suka.
22.Bila buat benda yang kita suka & masyuk, kita tak rasa penat,berat, susah...tak menjadi sesuatu yang menekan kita.
23.Jangan buat kerana duit, dia akan menjadi susah..
24.Buat benda yang awak sayang/cinta...kalau kita sayang benda tu,susah nak lepaskan.
25.Kata Afdlin, dulu rumahnya tak ada tv, dia suka baca komik. Sebab tu dia buat komik sekarang, kerana ramai yang kurang membaca.
26.Konsep menarik yang Afdlin belajar, tolong orang jadi kaya @ tolong orang lain dapat dulu.
27.Bila kita memberi, kita akan terima lebih banyak.
28.Hidup biar jadi inspirasi kepada orang lain, bukan depressi kepada orang lain.

0 comments:

Post a Comment