Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, June 18, 2013

KEINGINAN YANG BERAPI-API!!...

KEINGINAN YANG BERAPI-API!!...

Bila baca buku Napoleon Hill, Think and Grow Rich, baru faham kenapa mereka di Barat menjadi Negara maju sekian lama. Rupanya, ilmu yang kita baru nak belajar sekarang ni, semuanya mereka dah belajar dah lama.Buku Think and Grow Rich pun mula dicetak pada 1937. Maknanya, mereka dah lama mendalami ilmu kejayaan ini. Jadi, insyaallah..bermakna kita pun sama..Semakin ramai yang belajar ilmu kejayaan ini, semakin mudah dan cepat proses kejayaan untuk diri,bangsa,agama dan Negara kita.

Apa yang paling penting perlu ada pada semua orang yang nak berjaya? Paling penting ialah...The burning desire for achievement atau maksudnya, keinginan yang meluap-luap atau nak bagi ummph lagi, keinginan yang berapi-api untuk mendapat sesuatu kejayaan atau sesuatu yang kita impikan. Kalau kita rasa atau kata, kalau dapat ok lah..rezeki...tapi kalau tak dapat pun tak apa..Itu bermakna, tak betul-betul nak. Jadi, insyaallah tak dapat..

Kita mesti rasa walau apa pun, kita mesti dapat jugak. Tak kira siapa kita sekarang ini, tak kira berapa gaji atau simpanan atau untung kita sekarang ini, tak kira pangkat apa kita sekarang ini, tak kira berapa umur kita sekarang ini,tak kira kita ada masalah kewangan ke tak sekarang ni, semua tu tak penting..Yang penting, apa yang menjadi impian kita, apa yang kita tulis kita nak tu...cepat atau lambat, satu hari nanti pasti dapat!

Perkataan DESIRE adalah paling tepat. Kita sebut sebagai keinginan yang berapi-api...betul kan mentor? Inilah dia starting point sebenarnya kepada semua kejayaan yang ada di muka bumi selama ini. Di dalam keinginan itu adanya rangsangan yang kuat yang akan membuatkan mereka yang berjaya ini bertindak sehingga mereka berjaya!

Desire atau sama dengan keinginan,tapi bukan harapan tau...Teringat pulak kata-kata seorang kenalan baru-baru ni bila saya tanya macamana progress bisnesnya?..Dia kata, progress paling baik ialah isterinya dah hantar tender untuk berhenti kerja, sebab dia dah huru-hara dah..Jadi, katanya dia HARAP semuanya akan berjaya.Saya katakan padanya, No No...ini bukan masanya nak hope hope lagi..fikir MESTI BOLEH!!...Barulah boleh..kalau harap, belum tentu boleh..kalau harap, mungkin berjaya mungkin gagal.Kalau harap...dia akan jadi harap je lahh..tak ada tindakan ke arah itu...

Lagipun umur dah berapa? Anak pun dah banyak, dah membesar.Bukannya remaja lagi yang baru nak start geli-geli...Ramai remaja sekarang ni pun dah pandai, dah faham,dah excited nak berjaya!..Ni kita yang umur 3 series, 4 series, apa lagi 5 series ke atas, nak hope hope lagi? Sorry la, dah tak ada masa Kak Gayah oooiii..Kita kena ada rasa walau apa sekalipun, impian kita pasti tercapai!..Keinginan kita tu selalu kita kena fikir-fikirkan..selalu kita angan-angankan..selalu kita sebut-sebutkan..Jangan malu sebut nak kaya dan berjaya, kalau malu, insyaallah tak dapat....

Tengoklah nanti Kak Gayah, pasti tindakan Kak Gayah akan ke arah impian itu..Allah akan lorongkan dengan mudah je nak dapat apa yang kita tuliskan tu...Selalunya, kita tak akan sangka pun cara kita nak dapat tu macam tu..haaa paham ke paham? (Sori, terikut-ikut gaya mentor...sedap pulak cakap macam tu.:))

Sebenarnya, tak ada alasan pun kita tak boleh dapat apa yang kita impikan. Kita kena pandai rangsangkan minda kita, sering katakan dan fikir yang kita nak kaya dan berjaya BADLY ENOUGH!!...Orang yang tahu macamana nak rangsang minda dia, atau tanam di kepala hotak dia tentang biji benih kejayaan ni, insyaallah cepat lah dia ke puncak! Dalam kepala hotak kita kena sentiasa didominasikan oleh apa yang kita nak tu..apa impian kita tu..Penuhkan kepala hotak kita dengan impian kita..Tengoklah nanti, nak tak nak..terpaksa kayo Kak Gayah....

Tapi kena ingat...mengharap (hoping) dan menginginkan (desiring) adalah tak sama ye!..Mengharap ni adalah version negatif sebenarnya berbanding keinginan. Bila ada keinginan yang meluap-luap, baru akan disusuli dengan tindakan!..Jarang ada orang yang betul-betul berjaya jika masih di tahap 'hope' lagi..Tak akan kemana baannnggg....Dari dulu dok 'hope' sampai sekarang...dah 48 tahun mengharap dan mengharap...

Buang 'hope' tu..kita yakin yang kita boleh dapat!..Ingat, Allah mengikut sangkaan hambaNya?...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PEMBERI PETUNJUK (AL-HADI)
Membaca nama ini sebanyak 200 kali setiap hari akan membawa seseorang kepada kejayaan.Jika engkau tidak yakin akan tujuan engkau, membaca nama ini akan membimbingmu kepada pilihan yang tepat.Jika seseorang menulis nama ini pada sebuah cawan,memasukkan air hujan ke dalamnya,membacakan ya Hadi kepadanya dan meminumkannya kepada anak yang mengalami kesukaran menghafal dan tidak patuh,nescaya hal itu akan memperbaiki keadannya.





0 comments:

Post a Comment