Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, June 26, 2013

PENIAGA FAHAMLAH PERASAAN PESAING ANDA....

Ada yang datang mengadu dengan kami dua tiga hari lepas...mengadu tentang competitornya. Bukan apa, seperti biasalah yang pernah dengar..Competitor dia suka betul buruk-burukkan nama dia..Dibawanya macam-macam version cerita supaya orang lain semua bencikan dia..tak sukakan dia..supaya dia mendapat lebih perhatian...

Takpe, suami cakap...itu semua perkara biasa...U betul-betul nak buat bisnes ke tak? Kalau betul-betul nak buat bisnes..inilah antara yang perlu kita hadapi.Baik tak payah buat bisnes kalau tak nak persaingan.Dalam bisnes, kita tak boleh lari persaingan..Lagipun kerana persainganlah akan membuatkan otak kita menjadi kreatif dan inovatif...

Jangan risaulah kay..Sepatutnya semua business owner perlu faham perasaan competitor kita jugak..First of all, kalau dia burukkan u, u cuma perlu faham je perasaan dia..Bagi saya mungkin dia belum faham kesan atau akibat daripada sikapnya yang suka memburuk-burukan orang itu..Dia mungkin tak ada ilmu lagi..atau belum serap dan faham ilmu-ilmu tersebut.

Atau boleh juga kita faham mungkin sebab dia masih muda, masih belum berpengalaman..Untuk competitor yang berusia pula, mungkin dah biasa dengan pemikiran orang-orang sekelilingnya yang sebegitu..Memang kita pun dah faham benar denagan sikap mereka ni..Bukan apa, kerana..mereka dulunya tak terdedah dengan ilmu-ilmu positif yang kita belajar ni..Biasanya diorang dah biasa dengki-berdengki.Maafkan saya, mungkin tak semua...tapi banyak yang kita dengar macam tu lahh...

Tapi...Di zaman sekarang ni, kita dah faham..kita kena ada toleransi..Kan lebih bagus kalau kita dapat berkenalan dengan competitor kita..Kalau kita dapat berkenalan dan berkawan dengan competitor,kan sangat hebat namanya tu..Kami teringin nak buat macam tu sebenarnya dengan competitor-competitor kami..Kami ada lebih dari 10 orang competitor... Tapi, alhamdulillah...semuanya tak ada yang macam adik yang datang mengadu tu..Semuanya buat kerja masing-masing je..Semuanya pun nak cari makan maa...

Lebih baik kita bekerjasama daripada bertelagah sesama sendiri..Memalukan kepada bangsa lain saja..Gaduh sesama bangsa kita..Kita kena faham, bisnes ni...bukan semua untuk kita saja..Dalam ekonomi Islam, tidak ada sistem monopoli..Betul kan, Ustaz? Kalau tak betul, tolong betulkan ye...

Lagi satu kita kena faham bahawa bukan Allah kata kita sorang je boleh buat bisnes ni..Allah sediakan ladang koko untuk kita sorang je ke?Bukankah Allah dah sediakan sumber alam seperti koko,telur ayam,tepung,gula dan sebagainya untuk kita sama-sama berkongsi.

Kita kena faham lagiii...Bukan kita sorang je nak kaya.Orang lain atau competitor pun nak kaya jugak...Dia pun nak maju ke hadapan jugak...Dia pun ada hak dan keinginan untuk maju...Kan competitorku Abang Kek Balqis?...hehehe...

Jadi, bila kita betul-betul faham..minda kita tak akan terbeban dengan rasa hasad dan dengki...Rasa nak berebut customer..Atau berebut-rebut nak sorang-sorang je jadi kaya...Kena faham konsep SHARING...Kita sama-sama berkongsi sumber alam yang Allah ciptakan ini.Jangan sekali-kali ingat itu hak kita seorang!..Ada ramaaaiiiiiiii lagi yang memerlukan!! Dan, sememangnya, kalau kita benar-benar yakin pada Allah, kenapa kita nak takut dengan persaingan sedangkan kita tahu Allah Maha Adil? Semua orang pasti ada bahagiannya...Itu janji Allah!..

ALLAH MAHA ADIL (AL-ADL)
Orang yang berbuat adil dalam memperlakukan orang lain walaupun dia bermusuhan dengan mereka.Jika orang seperti itu menulis nama di atas sepotong roti dan memakannya pada malam Jumaat,nescaya musuhnya itu akan melihat kebenaran dan tunduk kepadanya, Insyaallah....

0 comments:

Post a Comment