Faezah jual kek coklat?..Kawan aku sorang ni tak pernah dengar pun pandai buat kek,macamana dia boleh jual kek?aku yg ada experience jual kecil-kecilan masa di USM dulu pun tak fikir untuk kembangkan talent aku..but anyway, thanx to my roomate masa 1st year iaitu Izzy, skarang ni dah jadi lecturer kalau tak silap aku kat UIA.Dia yg bagi resepi kek coklat masa aku start jual kat kawan2..skarang dah resepi lain lak ye..
Rasa tercabar lak dgn Faezah ni..pandai jgk dia cari lobang..masa tu dia jual kat Cyberjaya,dia bukak booth..aku ingat lagi dia bawak anak dia jual kat sana..aku tengok boleh tahan bisnes dia ni..aku bagi semangat utk dia teruskan bisnes ni.sebab kek dia pun mmmm sedappp..(kalau tak salah aku nama keknya DAMIRAH) ..tapi dia jenis yg tak suka bisnes sendiri, dia lebih suka bekerja, aku ingat lagi katanya masa di booth tu.."best kan kalau kerja, boleh pakai cantik2.."..jawab aku,"faezah ni...kalau bisnes macam ni pun kan boleh pakai cantik2..lagi bebas tak terikat dgn pakaian pejabat je, lebih boleh bergaya.."
Berniaga kerana minat dan berniaga kerana terpaksa adalah dua perkara yg berbeza..itulah yg terjadi rasanya..lama2 aku perhatikan faezah dah makin slow.Lepas tu, dgn bimbingan Faezah jugak, aku cuba bertapak..aku dapat rasakan kek coklat ada peminatnya tersendiri,aku rasa begitu yakin dgn perniagaan ini... Macamana Anis Choc Moist Cake bermula?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment