Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, March 26, 2010

Belajar anyam tikar dahulu!

Semasa mengemas bilik tadi aku terjumpa artikel ini yg bertarikh 24 Disember 2009..macam tulah aku,kalau ada bahan bacaan yg menarik mesti aku simpan utk dibaca lagi berkali2..Artikel ini tulisan MINDA BISTARI oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertajuk 'Belajar anyam tikar dahulu!'.Yang PALING melekat dlm hati aku melalui tulisan ini ialah perkataan JIHAD BISNES!!!

Kira-kira dua minggu lalu,melalui blog businessjihad.com,saya menerima maklum balas drp seorang wanita yg ingin mendapatkan pandangan dan mengharrapkan suntikan semangat utk menguatkan tekadnya menyertai perniagaan.

Beliau berusia 29tahun dan kini bekerja di syarikat makanan dgn pendapatan tahunan sekitar RM50,000 dan seharusnya selesa dgn kedudukan ini.Walaupun dlm keadaan selesa,beliau memberanikan diri menghantar surat perletakan jawatan dan nekad menyertai bidang perniagaan secara sepenuh masa bermula awal 2010.

Antara sebab beliau berbuat demikian kerana benar2 yakin bahawa hidup beliau akan lebih bermakna dan menjanjikan keupayaan untuk berdikari.Lebih penting baginya ialah kesedaran bahawa menerusi bisnes beliau yakin dapat mengisi kehidupan dengan erti perjuangan,andainya benar2 dpt menterjemahkan perniagaan beliau ke jalan jihad bisnes.

Bagaimanapun,sebagai seorang ibu kepada dua anak,beliau bimbang dengan langkah yg akan diambilnya,termasuk sama ada harus meneruskan langkah menceburi bidang keusahawanan itu atau terus kekal bekerja makan gaji di syarikat sekarang yg menjanjikan pendapatan tetap lebih daripada RM4,000 sebulan.

Apa yg dibimbangka adalah bagaimana utk menampung kos operasi perniagaan spt gaji pekerja,sewa kedai dan sebagainya,selain keperluan hidup keluarganya.Sebenarnya tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk menjadikannya sebagai dorongan dan semangat kepada beliau dan individu lain yg berhasrat untuk menceburi bisnes.

Selepas membaca e-mel beliau,saya bersyukur kerana sebagai seorang Muslim,beliau mengambil keputusan nekad,berani dan komited dalam menjayakan bisnes.Tambahan dalam keadaannya sbg ibu yg mempunyai tanggungjawab besar kpd keluarga.Persoalan yg diajukannya adalah hal biasa dihadapi semua orang yg pertama kali melangkah ke dunia bisnes.

Saya pernah diajukan byk lagi soalan dlm sesi dialog mahupun melalui blog saya. Soalan spt;Haruskah saya berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa?Bisnes apakah yg boleh saya ceburi dan boleh menjamin masa depan?Bagaimana utnutk menjadi jutawan?dan sebagainya pernah ditanya kepada saya.

Saya percaya persoalan ini sentiasa bermain di dalam minda kita apabila bercita-cita untuk memulakan bisnes.Sebagai seorang Melayu,saya faham benar minda dan persepsi masyarakat Melayu terhadap bisnes masih lagi curiga kepada kemampuan dan kelebihan berniaga.Malah bisnes bukanlah sesuatu yg dibudayakan dalam masyarakat Melayu.
Jika hendak dibandingkan dgn pencapaian kaum lain dlm bidang ini,kita masih ketinggalan jauh.

Bekerja makan gaji tidak salah.Demi pembangunan negara,kita perlu dilengkapi modal insan yg terbabit dlm bidang profesional.Pegawai kerajaan,pensyarah,doktor dan jurutera kerajaan,guru,tentera,polis dan sebagainya,semuanya aset negara yg cukup penting.

Namun, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia tidak akan dpt menjanjikan pendapatan lebih lumayan seperti dinikmati warga negara maju yg lebih jauh ke depan, selagi penduduk majoriti khasnya Melayu dan Bumiputera,tidak membabitkan diri ke dalam arus utama ekonomi yg kini dipacu bisnes.Selagi Melayu dan Bumiputera terus bersikat bisnes-fobia (sekalipun dlm perniagaan kecil-kecilan dan sederhana) Malaysia akan terus ketinggalan berbanding negara maju lain dan selagi itu juga kita akan bergantu ng hidup kpd orang lain,tidak berdikari,tidak bebas dan merdeka sepenuhnya.

Kita tidak mempunyai pilihan selain daripada menggalakkan seramai mungkin warga negara,khasnya di kalangan remaja,untuk bersedia memberanikan diri menduga nasib di dunia perniagaan dan bisnes.Memang apa juga bisnes yg kita lakukan sudah pasti mempunyai risiko kegagalan.Lebih besar bisnes dijalankan,lebih besar risiko untung ruginya.

Pengalaman saya sendiri di JCorp membuktikan hakikat jatuh bgn dan hidup mati berniaga.Sejauhmana saya terpaksa menutup lebih 40 syarikat kerana kerugian dan gagal menambah nilai.Terdapat antaranya yg bermula dgn cukup meyakinkan,tetapi akhirnya rugi atas sebab cabaran sengit persaingan,perubahan mendadak dalam permintaan dan pasaran.Ketika krisis ekonomi 1997,JCorp terpaksa menutup kira2 30 syarikat dgn menghapus kira lebih drp RM 300 juta.

Semua ini menguatkan hujah yg kerap saya sampaikan bahawa semua yg berhasrat utk menjadi ahli perniagaan dan usahawan berjaya perlu melengkapkan hati,minda dan jiwa dgn kemungkinan kegagalan dan gulung tikar.Dlm bisnes kita perlu bersedia utk mengatasi kekecewaan,perasaan malu dan kecil jiwa andainya gagal serta bagaimana utk memanfaatkan kegagalan andainya ia berlaku.Sesungguhnya kita hilang segala-galanya andainya kita tidak belajar daripada kegagalan dan tidak memanfaatkan pengajaran daripadanya.Ringkasnya,utk bersedia dgn minda,hati dan jiwa yg gagah dan tabah dlm bisnes boleh diibaratkan sebagai ahli perniagaan baru perlu terlebih dahulu belajar 'menganyam tikar banyak-banyak' .

0 comments:

Post a Comment