Kalau aku bagi notes2 Dr Azizan pun rasanya tak akan ada gunanya..mendengar dari perspektif orang lain dengan experience sendiri kan lain rasanya,lain penerimaannya.Dan aku pulak bukan jenis yg pandai nak menghurai nota2 kuliah tu..kalau lah aku pandai menghuraikan balik atau menterjemahkan atau mengajar semula segala ILMU yg diajar Dr Azizan yg mengambil masa 8 jam itu, bolehlah aku buat duit macam Dr Azizan jugak..tak lama boleh lah aku pakai Canyenne 66 macam Dr Azizan..Tapi sedikit sebanyak ILMU yg disampaikan Dr Azizan itu boleh lah kita sama2 berkongsi..
Belum cukup seminggu pun aku ke Seminar tersebut tapi aku dpt merasakan kelainan,nak kata keajaiban pun boleh jugak.Hari2 yg aku lalui penuh aura positif dan sangat 'magic'.Kebanyakan seminar2 motivasi yg aku hadiri sebelum ini,lama kelamaan semangatnya akan luntur.Tapi tidak kali ini,malahan aku makin bersemangat.ish pelik jugak kan..
Pd awalnya aku dah cancel pun pembelian tiket aku utk ke seminar ini kerana aku kurang yakin tentang iklan yg ditulis iaitu menurut pemahaman aku "Rahsia Tarikh Lahir" ini seolah2 macam 'horoscope'.Semenjak aku dapat tahu yg membaca horoskop ini pun dah haram, dah lama aku tak baca walaupun utk suka2 dan bukan nak percaya macam yg kebanyakan orang berkata..tapi iklan pd minggu lepas yg membuat kenyataan yg mana seminar ini tiada kaitan dgn horoskop dan sebagainya tetapi ianya kajian mengenai tingkah laku manusia secara sains metafizik (sama spt buku Napoleon Hill bertajuk Think and Grow Rich yg aku tgh baca tetapi agak saintifik sehingga agak payah nak faham..).Terus aku booking tiket which was last minute, tapi masih ada tempat,dan cara utk mendapatnya sangatlah mudah.Tak seperti kali pertama aku cuba booking, tiada yg menjawab panggilan dan tiada yg menjawab SMS ku..alhamdulillah kali ni macam dipermudahkanNya,sekali call ja dah dapat cakap dan terus janji utk berjumpa bagi mendapatkan tiket..terfikir sekejap,message apakah ini?
Seminar yg aku hadiri di Dewan MCA Jalan Ampang,penuh dgn peserta dr pelbagai negeri.Ada yg dtg dr Kuching,Kemaman,Alor Setar dan sebagainya semata2 utk ke sini.Yg aku pelik,pertama kali aku hadiri seminar,tak ada seorang pun (mungkin aku tak nampak) yg bangun meninggalkan kelas utk ke tandas semasa seminar dijalankan..seramai hampir 2000 org seperti terpaku mendengar kata2 Dr Azizan dgn penuh minat..mungkin mereka pun macam aku,sayang nak meninggalkan kelas takut termiss point2 penting ( dulu kat dewan kuliah pun tak macam ni)..
Betul juga kata Dr Azizan..nak berjaya mesti ada ILMU,MENTOR dan SISTEM.dulu masa sekolah kan ada semua ni..sebab tu kita boleh berjaya.Betul jugak ya kalau fikir2 balik..boleh kah kita berjaya tanpa ILMU? Boleh kah kita berjaya tanpa MENTOR dan boleh kah kita berjya tanpa SISTEM?Semuanya aku tak ada sejak berbisnes ni..dulu masa kerja ada jugak boss.Berbisnes mana boleh sorang2?..mesti ada ILMU,MENTOR dan SISTEM!..Ya lah, aku dah tersalah step nampaknya ni..ish,takpa masih belum terlambat harapnya..
Menurut Dr Azizan, ada 5 perkara untuk hidup dengan maksimum:
1.Hidup lebih BAHAGIA
2.Hidup lebih BERJAYA
3.Hidup lebih KAYA
4.Hidup lebih SIHAT
5.Hidup lebih BERKAT
Betul jugak ya, kalau dah hidup..buatlah apa pun dengan semaksimumnya..Rugi hidup kalau tak gunakan sementara Allah bagi kita PELUANG utk hidup..Kalau selagi kita hidup, kita kena mencari KEBAHAGIAAN sebanyak yg mungkin..Kebahagiaan utk diri kita sendiri dan juga MEMBAHAGIAKAN orang lain..tak semestinya dalam keluarga kita sahaja, tetapi juga bahagiakan jiran tetangga,kawan2..org yg baru dikenali pun boleh jugak..bahagiakan sesiapa sahaja..ya lah, aku berazam utk membahagiakan setiap org yg aku jumpa setiap hari,tak kiralah pakcik guard ke, tukang cuci ke..asalkan dapat membahagiakan orang...orang bahagia aku pun bahagia..WHAT U GIVE U'LL GET BACK!!
Berjaya dgn maksimum mesti menjadi sasaran selagi nyawa dikandung badan.Kita hanya ada 2 pilihan sama ada utk BERJAYA dgn maksimum semasa hidup,atau pun memilih utk menjadi 'biasa-biasa' aja...Selagi hidup hanya 2 pilihan ini sahaja yg kita ada..Memang tak banyak pilihan.tetapi alang2 hidup...pilihlah sesuatu yg boleh memberikan motivasi kepada anak cucu kita utk meneruskan kehidupan mereka nanti..semangat dan kejayaan mereka datang dari KITA sebenarnya!
IT'S NOW OR NEVER!!!..Itulah kata2 azimat yg merupakan pegangan Dr Azizan selama ini kata2 dari ayah Dr Azizan ini membuatkan aku terfikir mengenai seorang Pakcik dr Kelang yg duduk di sebelahku.Pakcik yg berumur 70tahun ini dengan bersemangat datang seorang diri demi utk mencari ILMU.Bila aku memuji, pakcik sedikit terkilan katanya semasa muda2 dulu tak ada program2 seumpama ini..tapi pakcik kata,sampai bila2 pun tak akan habis ILMU kalau dicari..mencari ILMU ni tak ada penghujungnya,kita kena sentiasa belajar..Tapi yg membuatkan aku terfikir,takkan aku nak jadi seperti pakcik ini?Maksud aku, takkan bila dah berumur seperti pakcik tu baru aku nak bergerak?Takkan aku nak terkilan seperti pakcik ini?Takkan aku nak rasa aku dah terlambat?IT'S NOW OR NEVER!!..
Banyak lagi yg aku dan suami pelajari daripada program tersebut, tetapi 3 perkara utama yg amat penting ditekankan oleh Dr Azizan ialah:
1)Bagaimana berdoa atau meminta makbul permintaan dengan kaedah kuasa minda.Menunjukkan betapa pentingnya kuasa DOA dalam setiap tindakan kita setiap masa.
2)Bagaimana kita boleh mengenal pasti PELUANG melalui kaedah tarikh lahir..
3)Bagaimana kita boleh mengenali ANCAMAN melalui kaedah tarikh lahir..
Sekalung tahniah utk Dr Azizan di atas segala ilmu yg dicurahkan..Semoga tahun ini dan seterusnya merupakan tahun yg sangat-sangat dan akan merubah hidup aku,keluargaku serta rakan2ku...Amin.
Warisan Inovasi
Bagi tempoh lebih 5 dekad yg lalu,para saintis Shaklee berusaha sedaya upaya utk menemui produk kesihatan semula jadi terulung di dunia.Shaklee telah menerajui industri makanan tambahan sejak penemuan multivitamin yg pertama pd tahun 1915 oleh Dr Shaklee.Cubalah rangkaian produk Shaklee yg hebat.Anda pasti dpt merasai perbezaannya.
0 comments:
Post a Comment