Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, March 17, 2010

Tulang bukan sekadar ketulan kalsium,ianya hidup?

Terpanggil pula aku utk berkongsi artikel bahagian KESIHATAN,MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 7 FEBRUARI 2010 yg aku baca tadi.Sangat menarik aku rasa iaitu mengenai penjagaan tulang..Ah,teringat pula aku belum menulis resepi seperti yg dijanjikan..hehe,takpa bikin saspen ya..

PENJAGAAN TULANG

Tulang bukan sekadar ketulan kalsium.Ia hidup-sentiasa terhapus dan terbina dgn sendiri.Seperti mana kita memerlukan makanan utk terus hidup,tulang juga perlu diberikan nutrien yg sepatutnya.

Nutrien yg paling penting utk tulang adalah kalsium.Mineral ini bukan saja diperlukan utk pembentukan tulang tetapi juga fungsi bdn yg lain spt penjagaan saraf dan otot.Disebabkan badan mengambil kalsium drp tulang maka kita perlu terus mengisi semula bekalan kalsium utk mengelakkan tulang kehilangan terlalu byk mineral tersebut.

Sumber terbaik kalsium adalah susu dan produk berasaskan susu yg lain seperti keju dan tairu.Bagaimanapun terdpt juga sumber kalsium yg lain sekiranya anda tidak suka minum susu.Anda boleh mendapat kalsium drp sayuran hijaudan berdaun spt kai lan dan pak choy Cina,produk berasaskan soya spt taufu dan taufu fah dan juga ikan bertulang lembut spt sardin dan bilis.

Sebagai tambahan kpd kalsium, anda juga perlu memastikan mendapat vitamin D yg mencukupi stp hari.Vitamin ini membantu tulang anda menyerap lebih kalsium.Tambahan pula,bdn anda akan menghasilkannya sendiri dari pendedahan kpd cahaya matahari.Tetapi, bagi wanita yg sudah mencapai menopaus,penghasilan vitamin D dr pendedahan kpd chy matahari shj mungkin tidak mencukupi.Jadi,selain pengambilan tambahan kalsium,pengambilan tambahan vitamin D juga sgt penting.

Selain kalsium dan vitamin D, tulang kita juga memerlukan senaman.Ini kerana tulang adalah tisu hidup dan ia bertindak balas kpd aktiviti tekanan yg dikenakan menusia ke atasnya.Ia terbina dr kombinasi kolagen dan kristal mineral yg terdiri drp kalsium dan fosfat.Matrik kolagen inilah yg membenarkan tulang mengembang dan mengecut tanpa patah.

Tulang sihat sepanjang hayat adalah satu komitmen seumur hidup.Inilah sebab mengapa penjagaan tulang yg baik tidak seharusnya bermula ketika anda sudah tua atau disahkan menghidap osteoporosis.Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yg diperlukan secukupnya.Malah cara yg paling baik utk melindungi tulang kita adalah dgn menjaganya dr muda dan sepanjang hayat kita.

Bayi (0-6bulan) cadangan pengambilan
300mg(menyusu badan)
400mg(tdk menyusu badan)
(6-12bulan) 400mg

Kanak2(1-3thn) 500mg
(4-6thn) 600mg
(7-9thn) 700mg

Remaja(10-18thn) 1000mg
Lelaki(1 9-65thn) 800mg
>65 tahun 1000mg
Wanita(19-50thn) 800mg
>50tahun 1000mg
Wanita mengandung 1000mg
Wanita menyusukan 1000mg
anak
(SUMBER:Jawatankuasa Penyelarasan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan,Kementerian Kesihatan)

0 comments:

Post a Comment