Seminggu sekali mesti aku ke kedai Mesra Petronas beli kuih seri muka Kak Intan,dulu harganya RM3.80..kadang2 tak sempat nak balik ke rumah, aku makan dalam kereta.yummyy..
Disebabkan dah banyak bekas seri muka yg aku 'collect' kat rumah, one day terpanggil aku nak call tuan punya seri muka,iaitu Kak Intan..Masa tu aku dah mula sikit2 buat kek coklat nih.
Tanpa berlengah lagi hujung minggu aku ajak suami dan anak2 ke rumah Kak Intan..Impressnya aku..bukan calang2 kakak seri muka ni.Tak lokek ilmu rupanya,patutlah maju perniagaan Kak Intan ni.Yg paling terkesan di hati bila dia flashback last 6 years masa dia baru nak bermula.Katanya,1st day dia cuba jual di depan SHELL, bersama suaminya.Mungkin disebabkan minat yg teramat sangat dalam dunia bisnes ini,suaminya langsung tak malu berhadapan dgn pelanggan2 SHELL.Dihulurkannya 'tester' utk para pelanggan.Mana pulak Kak Intan ketika itu?Rupanya dia sangat sedih melihat suaminya,malu sangat katanya..meleleh air matanya melihat suaminya berdiri di hadapan pintu masuk kiosk SHELL sambil menghulurkan 'tester' kpd pelanggan.
Itu cerita Kak Intan yg dah 10 tahun menjalankan perniagaan tersebut.Beliau lah yg menjadi mentor,membimbing dan memberi galakkan.Tak ternilai jasa Kak Intan..Terima kasih Kak Intan.hanya Allah yg dapat membalas jasa Kak Intan.
Bermula dr perjumpaan itu, aku tak pandang belakang lagi,terus optimis dengan perniagaan ini,walaupun tak glamour..(mana nak glamournya,masuk kedai bawak bakul rotan penuh dgn kek?..ada ke yg sanggup buat macam aku ni?hehe..)tapi yg penting aku sangat enjoy..minatlah katakan..yg susah pun rasa ok jer..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment