Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, July 12, 2013

MAK AYAH TAK PERNAH BAYAR ZAKAT?

MAK AYAH TAK PERNAH BAYAR ZAKAT?

Apa??..Terkejutnya!...Sentap betul!..Ada ke orang macam ni, yang tak bayar zakat pun seumur hidup?Tak pernah dengar lagi citer macam ni..Tak pernah sangka ada jugak yang macam ni..Tapi inilah keluhan seorang anak dan salah seorang peserta IMKK yang baru pulang, yang datang sharing dengan kami.Mungkin dia hanya nak melepaskan segalanya yang terbuku di dada...

Ceritanya, selama ni mereka 2 beradiklah yang setiap tahun tolong bayarkan zakat fitrah untuk ibu bapa mereka..Itu baru citer zakat fitrah yang tak seberapa nak kena bayar tu...Belum masuk bab zakat-zakat lain, dan nasib baik mereka bekerja..jadi tak perlulah bayar zakat perniagaan....Tersirap darah sekejap dengar citer adik ni!..

Katanya, memang dari dulu parents dia ni tak percaya tentang amalan bersedekah dan berzakat..Bagi mereka, itu semua bullshit!!....Mungkin mereka merasakan kalau bayar zakat pun, mereka yang bertanggungjawab tak akan mengagihkan dengan betul..Mungkin mereka buruk sangka dengan Pusat Zakat..

Tapi..., itulah dia..bila tak bersedekah,bila tak bayar zakat...hidup mak ayahnya sentiasa bocor..Duit tak pernah ada walaupun mereka ni bekerja agak hebat..Pernah sekali tu, kereta yang dibeli cash ayahnya dicuri orang!..Kereta yang ada jugak sering sangat rosak..Mereka dua beradik memang dah nampak kenapa jadi semua ni..Mereka tahu, ni lah dia akibat tak pernah berzakat dan bersedekah..Mereka pernah memberi pandangan kepada kedua ayah dan mak mereka, tapi....tak perlu diceritalah, kita dah boleh agak dah endingnya macam mana....

Cerita adik ni lagi,ni pun first time dengar, menarik jugak cerita ni.Abangnya nak kawin pun susah..umur dah 30 tahun..Kerjaya dah stabil..tapi mak tak nak lepas jugak...Ada syarat pulak nak terima menantu...Mak mereka ni tak nak menantu dari negeri Sembilan, Johor dan Terengganu!..Ha ha ha!!!...Macam ni pun ada...Untuk negeri Sembilan kerana dia ada kenangan pahit ibu mertuanya yang tak nak terima dia sebagai menantu sehingga melabelkan maknya ni MENANTU HANTU !..Untuk Terengganu pulak, kerana pernah tertipu pasal nak beli kereta..Untuk Johor pulak tak taulah pasal apa...Jangan pasal kalah dengan TRW baru-baru ni dah lahh!!...he he he...Macam-macam daaa...

Kalau dulu, kata adik ni, dia akan sound jugak mak ayah dia..Tapi, tak boleh macam tu dik..jangan marah-marah..Tak boleh secara emosional,jangan nasihatkan mereka..Bukan kerja kita menasihatkan ibu bapa kita..Itu kata suami saya..pada pandangan kami, for things to change, we must change first!..Balik dari IMKK ni kita dah jadi lain macam tenangnya kann..Belajar jadi orang yang tenang, fahami dulu kenapa pemikiran mereka macam tu..Cofirm mereka ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama pemikiran dengan mereka..Adik tu kata, memang salah dia jugak sebelum ni..tak banyak berkomunikasi dengan ibu bapanya..Balik dari IMKK ni, dia banyak bersembang dengan maknya,banyak menceritakan impiannya..sampai kehairanan jugaklah maknya :).

Insyaallah, kita sama-sama doakan semoga ibu bapa adik ni diberi hidayah, seringlah berdoa kepada Allah, mintak diberi petunjuk oleh Allah, doakan yang terbaik untuk ibu bapa kita..jangan membenci mereka, merekalah keramat hidup kita...Biar apa pun yang mereka lakukan, kita tetap kena hormat mereka, mereka tetap perlukan kasih sayang kita..Mudah-mudahan dengan kasih sayang kita yang tulus ikhlas, mereka akan berubah..Tiada satu pun mustahil bagi Allah...Kata Allah, Kun Fa Ya Kun...Maka jadilah ia....

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PENCIPTA YANG BARU (AL-BADI')
Membaca ya Badi' al samawat wa al-ardh (Wahai Pencipta Langit dan bumi) sebanyak 70 kali pada situasi yang  sulit akan memudahkan penyelesaiannya. Membaca yang sama sebanyak 1000 kali akan membantu meringankan depresi dan stres.


0 comments:

Post a Comment