Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, July 25, 2013

UJIAN YANG HEBAT ADALAH UNTUK ORANG YANG HEBAT!!

UJIAN YANG HEBAT ADALAH UNTUK ORANG YANG HEBAT!!

Seorang usahawan muda yang saya kenali menghubungi saya baru-baru ini. Ni mesti ada sesuatu ni..dah tahu dah diorang ni kalau ada masalah baru nak hubungi saya..Kalau smooth je..bisnes bagus je semua hilang..Bila ada masalah baru nak contact, hehe..takpe takpe..fahammmm..u all semua busy kan..;)

Usahawan ni citer,rupanya bisnes yang dijalankan sebelum ni sangat mendapat sambutan.Sedangkan dia hanya menjadi agent kepada pengusaha chocolate chip saja..Dia repack, dan brandingkan..Brand dia pun dah agak terkenal dan dipercayai walaupun baru start 5 bulan.

Order dah menimbun banyaknya...Tapi, masalah timbul di saat-saat getir ni..Pengusaha chocolate chip tersebut bagitau dia, production ada masalah..Staff dia ramai yang resign tiba-tiba..Dan kemungkinan dia tak akan dapat supply stok cookies tu pada adik ni..

Usahawan muda ni pun apa lagi..risau lah..macamana nak menghadapi agent-agentnya? Nama dan brandingnya pun dah dipercayai? Untung pun dah nampak memang best, masyuuukkk...

Tapi, adik ni dah ada solutionnya..Dia kata, dia nak gajikan staff yang resign tu dan bekerja dengan dia..Dia rancang,staff tu akan buat cookies tersebut mengikut resepi bekas majikannya. Dia tanya adakah keputusannya itu betul? Dia terpaksa buat macam tu sebab dia tak nak frustkan hati agent-agentnya..Huhu...

SANGAT TAK BERETIKA!!...

U tak boleh buat macam tu kerana perbuatan tu adalah perbuatan yang tak beretika!..Tapi, dia kata bukan dia curi staff tu..staff tu resign sendiri. Dan dia cuma nak belajar cara buat cookies tu..

Tak boleh!!!....Walaupun dia dah resign sendiri...kita tak curi, tapi ia akan menimbulkan fitnah!..Lama-kelamaan pengusaha yang merupakan bekas majikannya akan tahu jugak..Benda-benda macam ni janganlah main-main..Lama-lama mesti pecah!..Apa yang bekas majikan dia akan rasa?..Terguris hatinya tau!..Best ke kita buat sesuatu untuk kesenangan kita, untuk keuntungan kita..tapi dalam masa yang sama ada satu hati yang terluka?..Tak bestttt!!!...U jangan lah try, nanti perasaan bersalah menghantui diri sampai ke LIANG KUBUR! Sampai ke MATI!!!..Nak macam tu?..

Lagipun kan, perkara macam ni adalah normal dalam bisnes makanan. Bila u ambil keputusan nak buat bisnes makanan dan menjadi supplier, semua kemungkinan patutnya dah tahu awal-awal. Semuanya salah sendiri jugak..

Masa pilih pengusaha dulu...kriteria apa yang kita tengok?..Hanya kerana dia pandai buat cookies tu? Sedap sangat?..Macamana dengan kapasiti pengeluaran produknya?..Boleh menampung permintaan kita tak?..Macamana attitude pengusaha tersebut? Pengusaha tersebut jenis yang buat bisnes untuk untung dia saja..atau dia memang nak add value hidup orang lain?..

Perkara-perkara macam ni patut kena consider...Kalau dia fikir untung dia saja..of course dia tak ambik berat hal staff dia resign. Order dia dah banyak, untung dah lebih dari mencukupi...Buat apa dia nak bersusah payah cari staff lain..Tapi, kalau pengusaha yang betul-betul nak tolong orang lain..nak add value other people's life..Pasti dia pun tak senang duduk kalau production ada masalah.Macamana pun dia akan cari staff lain..supaya agent-agentnya boleh cari duit raya sebanyak-banyaknya...Dan dia akan faham betapa frust agentnya kalau dia tak bagi stok yang mencukupi...

Nampak tak, bukan pilih agent saja penting, malah pilih pengusaha jugak sama penting!..

Pastu, mulanya adik ni berkeras jugak nak ambil bekas pekerja tersebut..Sebab katanya kalau tak..lebih la mengguris hati lebih ramai orang..maksudnya agent dia akan frust sebab tak dapat stok. Betul, memang diorang akan frust...Tapi, u kena faham..itu adalah perkara biasa yang u kena hadapi dalam bisnes..Kalau attitude u dari awal dah betul..dan kalau dari awal u dah transparent dengan agent u, diorang pun tahu bukan u yang buat sendiri..u pun ambik dengan orang..then shud be ok...Nak tak nak, diorang akan faham jugak nanti...Lain lah kalau u menipu kata semua tu u buat sendiri!...Kat sini baru lah akan timbul masalah lain pulak...Kalau diorang tahu u menipu, they wont trust u anymore!!....

So sekarang, kalau u nak buat sendiri cookies ni pun memang tak ada masalah. Tapi, kena cari orang lain untuk ajar u..Masuk macam-macam kelas ada kat luar tu..Kat internet pun belambak resepi...click saja nak yang mana...Tak sedapp? Tak sama dengan yang dibuat owner cookies tadi?..Hehe...Tak try lagi dah judge...Try buat dulu..bila dah pandai buat yang basic, nanti pandailah kita nak mengadjust..alter-alter la ikut citarasa sendiri..Bolehhh...percayalah!!..Kitorang dah buat semua tu...Berani dengan tak berani je...

Apapun dik, sebenarnya Allah nak bagi turning point kat u saja..Dalam masa yang sangat mencabar ni, diberinya ujian yang maha hebat!...Allah nak naikkan darjat u dik..sama ada u boleh sabar dan menghadapi ujian ni sebaiknya atau u akan ikut kata-kata biawak dalam diri u..yang lebih nampak keuntungan..yang dah semakin tamak dengan wang ringgit!..Atau kalau u memilih untuk menjaga hati orang lain, insyaAllah hati u akan Allah pelihara selama-lamanya! Kalau u boleh menghadapi dugaan hebat ini, insyaallah u boleh naik ke level yang lebih baik dalam hidup u!..Kerana, ujian yang hebat, adalah untuk orang-orang yang hebat!!...Aminn...Semoga berjaya!..

WALLAHU'ALAM....

0 comments:

Post a Comment