Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, July 31, 2013

THE POWER OF KAHWIN...

THE POWER OF KAHWIN...

Salah seorang rakan seperjuangan dari University of Life bertanyakan satu soalan yang mencabar.Tapi saya suka soalan yang mencabar macam ni..Soalan ni muncul selepas saya buat satu pesanan di facebook page untuk adik Rahman Basri dan adik Syed Faiz supaya mereka cepat-cepat kahwin..Sebab kata suami saya,orang yang berkahwin ni rezekinya akan bertambah-tambah..bisnes pun akan meletup-letuppp...

Jadi, adik Faiz yang berumur 27 tahun ni bertanya, bolehkah dia berkahwin sekarang sedangkan financialnya belum stabil?

Okey, macam ni..tapi, kita ketepikan sekejap pasal financial.Itu kemudian nanti kita cerita kay..Point pertama ialah pasal kahwin. Perasaan nak kahwin itu adalah satu perasaan yang normal..atau fitrah manusia.Selagi namanya manusia pasti perasaan nak kahwin tu ada..Teringat pulak, pernah anak sulung kami semasa dia umur 7 tahun dulu berterus terang pada saya yang dia nak kahwin dengan anak jiran.Bermakna, perasaan nak kahwin itu sesuatu yang normal, budak 7 tahun pun dah ada rasa nak kahwin!..

Saya pasti adik Faiz ni pasti ada perasaan nak kahwin..Tapi menurut katanya lagi, "Saya avoid jodoh kerana saya takut status kewangan saya. Saya ada kawan perempuan, tapi saya jauhkan diri kalau mereka nak rapat kerana saya tak konfiden dengan financial saya". Perkataan avoid tu lah yang menarik perhatian saya sebenarnya.Sebenarnya dik, adik tahu tak, Allah menggalakkan kita mendirikan masjid? Kalau dah itu perintah Allah..pasti ada sebabnya kan?..

Macamana pulak jika kita berkahwin, rezeki kita akan bertambah? Bukankah secara logiknya, bila kita berkahwin..tanggungan dan perbelanjaan kita akan bertambah? Inilah dia misteri perkahwinan..atau The Power of Kahwin...

Sebenarnya kan..diskusi ni agak berat dan sangat dewasa..Secara saintifiknya,bila kita berkahwin, kita akan mencapai tahap EMOSI yang paling tinggi atau yang paling indah dalam semua emosi manusia. It is the finest of all human emotion!..Perhubungan dalam perkahwinan ini akan memberi emosi yang paling POWERFUL..Ia boleh menggetarkan minda (vibration of mind) dan menyebabkan minda kita boleh berfungsi pada tahap yang paling GENIUS!..

Jadi, apa lagi, untuk yang dah berumah tangga..berilah love sebanyak-banyaknya kepada pasangan...sedalam-dalamnya..sampai pasangan terasa betul-betul bahagia..insyaallah, masing-masing akan mendapat idea yang genius, yang lebih best untuk boost bisnes dan juga boost kerjaya!..

Sebab itulah orang yang berkahwin itu rezekinya akan bertambah..Dan kalau u all nak tahu...All so called 'magnetic' people adalah orang yang bahagia di alam perkahwinan mereka..Bahagia secara dalaman dan juga luaran..

Dan satu lagi, bisnes atau kerjaya orang yang bahagia di alam perkahwinan ini adalah kerana adanya THE MOTIVE OF LOVE..Untuk adik Faiz, u akan lebih berjaya disebabkan oleh kasih sayang terhadap seorang isteri...Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai the motive of love ini..

Memang betul ada juga orang bujang yang muda-muda lagi dah berjaya.
Tapi, sebenarnya jika diselami hatinya..pasti ada kekurangan dalam hidupnya..Duit, harta kekayaan semuanya dia ada..Tapi hatinya kosong..kosong...kosong..Dia tidak berjaya sepenuhnya sepertimana orang yang dah berkahwin..Tapi bila hatinya dah diisi, dan dia dah berkahwin..pasti kejayaan akan lebih luar biasa hebat lagi untuknya!..

Ini baru pasal kahwin...belum sentuh pasal financial lagi..Pointnya sekarang, adik Faiz dah tak payah avoid jodoh dah..dah boleh cari-cari dahh...Apa? tak konfiden lagi?..Duit tak cukup?..Esok kita sambung pasal financial status kay...Da daaaa...;))

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment