Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, July 15, 2013

KAPASITI MINDA KITA MENENTUKAN 'RM' KITA

KAPASITI MINDA KITA MENENTUKAN 'RM' KITA

Menurut mentor saya, untuk menjadi kaya dan berjaya,ia bergantung pada kapasiti otak seseorang.Bermaksud, setiap daripada otak kita ada kapasiti masing-masing..kapasiti yang berbeza.Contohnya, kapasiti minda mentor saya mampu menampung sehingga berbillion-billion ringgit.Tapi, kapasiti bagi seorang eksekutif biasa hanya boleh menampung RM5 ribu sahaja..Dan kapasiti seorang peniaga pula mungkin boleh menampung sehingga RM50 ribu pula?

Pernah tengok tak ada orang yang biasanya income atau untung bisnesnya RM15K. Tiba-tiba sekali tu dah naik ke RM20K sebulan. 2-3 bulan maintain RM20K. Tapi bulan ketiga, turun balik ke RM15K.Kadang-kadang naik menjadi RM30K, tapi tak lama kemudian, pasti turun semula ke RM15K.Kenapa macam tu?

Kerana, ia mengikut kapasiti otak kita.Dulu, kita dah set RM15K, tapi bila dah dapat capai target tu, kita lupa nak set sasaran baru.Jadi, jangan risau...sebenarnya kapasiti otak tu kita boleh set.Ia bukan naturally macam tu.Kapasiti tu hanya mengikut apa yang kita set di minda kita.

Contoh satu lagi, dulu saya tak pernah terfikir dengan bisnes kek coklat ni saja, kami boleh buat sales sampai berjuta-juta setahun..Masa tu kapasiti otak saya hanya RM20K sebulan.Betul tau, kadang-kadang sale naik ke 22ribu sebulan, tapi tak boleh nak maintain..dia akan balik semula menjadi 20ribu.Bila mentor explain pasal ni,baru saya teringat..Dulu masa saya bekerja, saya selalu meletakkan 20ribu adalah angka yang sangat tinggi yang mampu dicapai oleh akal manusia..eh eh silap, akal saya..huhu...Jadi, nak dapat lebih dari itu,saya tak nampak jalannya..Patutlah sale tak lari dari 20 ribu..Dan, dulu nak sebut juta-juta pun takut..malu-malu, kapasiti otak saya sangat kecik masa tu..

Tapi, tak perlu risau kan..perkara ini bukannya tak boleh ditukar.Sebenarnya kapasiti ini boleh di set.Set semula financial blueprint anda..Adakah anda million dollar person?Atau hanya thousands dollar person sahaja?..Atau ada yang billion dollar person? U set what u want!..Kapasiti minda u akan selama-lamanya sebesar itu, atau sekecik itu..sehinggalah u tukar atau re-set minda u sendiri!..Atau kata yang lebih mudah, set target yang baru.

Orang yang bekerja pun boleh tau...Inilah maksudnya don't limit your imagination..atau sky is the limit.Sky is the limit ni maksudnya...kehendak kita..impian kita...tidak terbatas!..Tak perlu membataskan atau menghadkan apa yang kita nak..apa yang kita impikan..Segala-galanya di muka bumi ini sampai ke langit pun kita boleh inginkan..Lebih kurang macam tu lah maksudnya...

Contohnya seorang kerani yang tak berani berimpian mempunyai income 10 ribu sebulan...Tak boleh macam tu!...Jangan kecikkan kapasiti minda kita..Biarlah apa orang nak kata..Lebih baik jangan bagitau orang yang kita mengimpikan 10 ribu ringgit sebulan.Kita saja yang tau!..Kita saja yang yakin!..Tengoklah nanti, u tak payah fikir macamana nak dapat..Kerja u set saja..Yang nak bagi jalannya hanyalah Allah!..Allah kan Maha Kaya, pasti Allah akan beri kita sesuatu, serpihan daripada kekayaanNya..Don't worry, yakin dan cintaiNya sahaja..

Tapi yang bestnya, walaupun u boleh set u nak thousands ke, million ke...Tapi apa niat u? Ia sangat bergantung pula pada niat seseorang.Kalau nak jadi millionaire untuk kaya sorang-sorang..untuk monopoli,untuk anak-anaknya saja, untuk family nya saja, insyaallah..set lah berapa pun, u akan hadapi banyak halangannya...Tapi, kalau u niat untuk tambah nilai hidup orang lain, insyaallah lebih mudah u akan jadi millionaire atau billioanaire!..Start to think big okay!....

Bukankah ini semua bermaksud Allah mengikut sangkaan hambaNya?...

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment