Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, July 29, 2013

ACTION!!....

ACTION!!....

Semua orang ada life story. Selepas dilahirkan sampailah sekarang umur dah 26tahun atau 38 tahun atau 65 tahun, semuanya ada story atau jalan cerita masing-masing yang berbeza-beza..tetapi endingnya tetap sama, iaitu MASUK KUBUR...he he he betul kan?..

Tapi, sebelum masuk kubur, takkan kita nak sia-siakan hidup macam tu saja? Bangun pagi pegi kerja @ bisnes, bla bla bla...minum kopi dan sebagainya, mengata orang ni,mengutuk orang tu..balik petang, solat, makan, tengok tv, tidur...Itu sajakah yang kita boleh buat?..Kualiti kah kehidupan macam tu?..Bergunakah kita sebagai manusia macam tu?..Berguna jugaklah kalau dah bekerja atau berbisnes, tapi itupun kalau jadi pekerja yang bertanggungjawab..kalau jadi pekerja yang mengular?..Kerja nya kat ofis asyik bukak you tube je..Rasa-rasa berkat tak duit gaji tu?..

Come on!!..Dari sekarang kita masih bernafas ni, kita kena create ending kita..macamana kita nak ending kita nanti..mati kita dalam keadaan macam mana? Mentor saya pernah cerita, ayahanda kepada Pak Habib Syech Assegaf meninggal dunia semasa tengah sujud..dan nak tau tak, sebenarnya dia dah buat programming minda dia..dia dah create awal-awal lagi bahawa memang itu yang dia nak..itu yang dia mintak..Meninggal dunia dalam keadaan sujud!..Masyaallah!!..

Nak mati pun boleh create? Inikan pula nak hidup?...Cuba fikirkan, macamana kita nak kehiduapan kita sekarang? Atau kita lihat lebih jauh lagi..Bila kita dah berusia senja nanti. Apa kita nak buat? Apa yang kita ada nanti?.Ada kebebasan kewangan dan masa tak? Untuk diri sendiri, untuk beribadat, untuk anak bangsa kita?..

Atauu...

End up jaga cucu je..ye lah duit tak ada, terpaksa mengharapkan duit anak..Kalau tak jaga cucu, anak tak bagi duit pulak..Aikk, mak dah bertukar jadi bibik ke?..Ada ke orang buat mak dia macam tu?..Tolongggglahhh...janganlah buat macam tu...bagi lah duit kat mak seikhlasnya..jangan harapkan balasan mak..bagilah masa untuk dia buat apa saja yang dia suka sementara umur dia masih ada ni..bukan buat apa yang kita suka...

Tapi, sebelum ending macam tu, apa action yang kita kena buat sekarang? Baca buku? Pegi seminar?..Yes, itu memang action pertama yang kita boleh ambik..iaitu mencari ilmu!..Dulu, manusia berjaya disebabkan kuasa fisiologi....Yang kuat saja yang menang..yang ada modal saja boleh berjaya...Tapi sekarang dah berubah!..Siapa ada ilmu, dia yang akan menang!..

Tapi, ada ilmu saja tak cukup kuat!..Kerana ilmu itu hanya berguna bila ia sampai kepada orang yang faham, dan orang yang mempunyai kebolehan untuk bertindak!...Dia boleh take action!!...Action atau tindakan yang efektif! Ilmu itu tak ada gunanya kalau diberi kepada orang yang tiada kuasa tindakan!..Yang tak sayangkan dirinya..Yang tak sayangkan keluarganya..Yang tak kisah apa nak jadi dalam hidup dia....go with the flow...

Bukan dia tak tahu kalau dia tak buat sesuatu, dia akan ketinggalan!..Kawan-kawan lain dah berubah!..Kawan-kawan lain semuanya dah berjaya..Tapi, dia saja buat-buat tak tahu..malas nak fikir katanya..Bukan dia tak tahu, dah banyak kes kita dengar sekarang ni duit pencen bukannya cukup..itu sekarang!..Nanti 10 tahun lagi, 20 tahun lagi...Lagi la tak cukup!..Pastu?..nak harapkan duit anak saja ke?..Best ke macam tu?..Best ke tak ada kebebasan kewangan?..

Ramai yang ingat, orang yang berjaya ni ada special gift yang tak ada pada dirinya..Salah tu!!..Sebenarnya special gift yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah kebolehan dia untuk mempunyai kuasa bertindak!..Itu saja..Dan special gift ini boleh dibentuk oleh semua orang...Kerana semuanya mempunyai ilmu yang sama..tak ada beza pun..Yang membezakan hanya KUASA TINDAKAN!...Terpulang pada u sekarang, bila tua nanti nak jaga cucu atau nak beribadah dan melancong sepanjang waktu?..

WALLAHU'ALAM....

0 comments:

Post a Comment