Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, July 22, 2013

THE POWER OF ALLIGNMENT

THE POWER OF ALLIGNMENT

Mengkaji tingkah laku pelanggan sangat menyeronokkan!..Bila berbincang dengan staff, mereka pun dah mula terasa perbezaan tingkah laku peminat tart nenas dan juga tingkah laku peminat kek coklat. Balik dari kampung semalam, tak putus-putus staff Fiqa cerita tentang pelanggan tart yang sangat mencabar emosi dia di bulan yang mulia ini. Maklumlah dia baru bekerja berapa bulan, tak ada pengalaman lagi..:)

Cerita Fiqa, ada seorang pelanggan ni marah-marah sebab tak dapat tart nenas..Sebenarnya bukan tak dapat langsung, cuma dia nak 10, diorang tak bagi 10..diorang bagi 5 dulu...sebab takut 'shot' yang orang order awal-awal tu..Tapi, memang salah kami pun sebenarnya..Kata kedai tart, tapi yang dijual bukannya tart nenas, cookies lain yang penuh..Mestilah hangin satu badan akak tu..Nak nak memang dah kepingin sangat!..

Fiqa kata, ada pulak yang kata nak belikan untuk wife yang mengandung..Yang ibu-ibu mengandung ni memang lah banyak datang menagih simpati..Ada yang kata mak kat kampung pesan..Pandai diorang ni nak tarik simpati kami..Bila staff kesian, diorang pun kasi...pastu mulalah semua menggelabah takut yang customer order tak boleh siap...Macam ni pun ada ka...

Bila mengkaji tingkah laku antara pelanggan tart nenas dan pelanggan kek coklat, memang ada perbezaannya. Memang betul lah..peminat tart lebih agresif, berani dan garang sikit..(sikit je..). Sampaikan ada staff takut nak keluar layan customer, huhu..

Tapi pelanggan kek coklat pulak agak berbeza..Mereka lebih bersifat tenang,penyayang, sopan, lemah lembut..Kadang-kadang diorang pun pernah frust sebab tak dapat jadi dealer atau stokis atau tak boleh beli kek LOVE direct di kedai kami..tapi bila kitorang explain betul-betul, diorang mudah faham..

Dan bila semua ini terjadi, macam terfikir sesuatu pulak!!..Ini berkenaan dengan The Power of Allignment. Adakah finding ni berlaku boleh dikaitkan dengan berjaya atau tidak berjaya seseorang dalam bisnes coklat berkait rapat dengan tingkah laku pembuatnya?..Kerana sifat dirinya tak allign dengan sifat coklat?..Maksudnya, adakah ini menunjukkan orang yang bersifat garang, agresif dan pemarah sukar berjaya dalam bisnes yang berkaitan dengan coklat?

Dan mungkinkah orang yang penyabar, penyayang dan tak suka marah-marah ni sahaja yang boleh berjaya dalam bisnes yang berkaitan dengan coklat? Kerana seperti yang semua orang tahu, sifat coklat kan boleh memberi ketenangan? Siapa tak kenal pakar coklat terkenal di Malaysia ni..Chef Amir?..Tengoklah macamana sifat beliau?..Seorang yang soft spoken,baik hati, sopan dan penyabar..

Yang pemarah tu tak ada masalah pun sebenarnya...cuma untuk nak berjaya dalam bisnes yang berasaskan coklat ini mereka perlu berubah dari bersikap pemarah, baran dan seumpamanya menjadi seorang yang lebih penyayang,penyabar dan tak suka marah-marah?..

Kalaulah betul semua niii....

Bestnyaaa...Jomlah ramai-ramai buat bisnes coklat ni...Jadi, lebih amanlah dunia, tak adalah permusuhan dalam persaingan, boleh kurangkan orang yang stress dan sebagainya kerana masing-masing bersifat penyayang...Hehehe...

Ada yang terasa ke? Maaf ya, tak sengaja..tiba-tiba terkeluar idea..Tapi, mungkinkah sesuatu yang boleh difikirkan? Kerana The Power of Alignment mengatakan, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir dan apa yang kita buat perlu selari, barulah boleh berjaya..emmm....anda terfikir sesuatu?..

Whatever it is...Tak kisahlah anda peminat apa pun, kami tetap saaayaaaaaang  anda semua..Dan saya sendiri pun sebenarnya ada ciri kedua-duanya kerana saya ni peminat tegar kek coklat, dan juga peminat tegar tart nenas..Jadi tak kesahh lah kan, kita sama je...Suami pulak lebih suka kek coklat, tart nenas dia kurang minat..Adakah ini menunjukkan dia sebenarnya seorang yang cooool dan tidak pemarah?..:)

Tapiiiii, bisnes tart tetap menjadi pojaan hatiku sebab saya happy dapat menggembirakan peminat tart yang sememangnya sangat cerewet dalam memilih tart yang sangat sedap!..Dan satu lagi, Bonda Meah kata, bisnes tart ni adalah bisnes yang akan berkekalan sampai bila-bila selagi ada manusia di muka bumi ini..kerana peminat tart sangaaaatlah ramai dalam dunia ni...I like!!....

~Salam Sayang~

0 comments:

Post a Comment