Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, July 2, 2013

ILMU AFDLIN SHAUKI @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA 29/6/2013 (MENARA PGRM)p

ILMU AFDLIN SHAUKI @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA 29/6/2013 (MENARA PGRM)

1.Orang yang nak berjaya, dia ada inisiatif , buat yang lebih dari apa yang sepatutnya.
2.Rahsia orang kaya terus kaya? Orang kaya sentiasa mencari ilmu (masuk kursus ).
3.Afdlin dipaksa isteri untuk masuk kursus.
4.Apa yang dia tak sedar, kita terlalu taksub nak kaya pada masa hadapan, kita tinggal kebahagiaan sekarang (Afdlin terlalu sibuk mencari kekayaan untuk keluarga,tapi dalam masa yang  tiada masa untuk keluarga)
5.Dia mula berfikir macamana nak pasifkan income dia? Masa tu incomenya RM15-20 ribu sebulan.
6.Beliau masuk kursus 'self awereness'.
7.Ia membuatkan beliau sedar, banyak lagi yang dia tak tahu.
8.Beliau belajar untuk memaafkan.
9.Beliau belajar tulis impian, set date. Bila set date, kita akan commit.
10.Setengah orang tak suka di push, tapi sebenarnya,kalau ada yang push lebih baik.
11.Cari kawan yang boleh push u.
12.Upgrade mind, buat apa yang kita sangka kita tak boleh, sebenarnya boleh.
13.Kisah inspirasi, Afdlin nak ada studio, tapi tak ada wang.Bila Afdlin menyuarakan kepada contractor Cina tersebut, dia boleh tolong buatkan dan Afdlin bayar installment, mengambil masa 6 bulan untuk selesai bayar sedangkan bilik studio tu siap dalam masa 2 minggu saja.
14.Dalam hidup, saya bermula di Flat Sri Sabah, kata Afdlin.
15.Afdlin dapat 2 biasiswa, duit biasiswa hantar bagi mak ayah.
16.Sekarang ni bayar sekolah anak 30 ribu 1 semester.Kenapa kita nak berkira untuk anak-anak belajar?
17.Afdlin pergi kursus,ingat ajar nak jadi kaya..tapi dia ajar untuk jadi orang baik.Tapi itu sangat penting.
18.Dalam kursus tersebut, dia dipaksa buat community service,Afdlin pilih HUKM.
19.Kursus tu memaksa saya tolong orang.
20.Rahsia orang-orang kaya pergi kursus setiap tahun, selalu upgrade mindanya.Contoh Tony Fernandez, Dr.Azizan Osman.
21.Minda kita adalah macam iceberg, apa yang kita tahu hanya di permukaan sahaja. Masih besar iceberg di dasarnya.
22.Impian Afdlin untuk membantu orang Palestin.
23.Dari dia memberi, memberi....dia dapat, dapat...
24.Pemikiran orang miskin, bila kaya nanti baru nak tolong.
25.Otak kita adalah satu pemberian Allah yang paling powerful. Kerana dengan minda inilah, kita dapat capai apa yang kita impikan.

Terima kasih Tuan Afdlin Shauki atas ilmu yang dikongsikan. Kami sangat menghargai jasa baik Tuan sudi berkongsi dengan kami.Semoga Tuan Afdlin Shauki dan keluarga dilindungi, dirahmati, diberkati Allah selama-lamanya dan semoga segala impian Tuan Afdlin Shauki diperkenankan Allah SWT.  Amiiinnnnn....

0 comments:

Post a Comment