[ TIPS UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERBISNES ]
1. FAHAM PASANGAN
Kita sepatutnya dah faham sangat tentang pasangan kita.Sebelum berbisnes bersama-sama lagi, kita dah tau apa yang suami atau isteri kita suka, apa yang dia tak suka.Mesti dari awal lagi kita dah tahu dia minat bisnes atau tak. Kalau kita sama-sama minat bisnes, itu senang cerita.Untuk mereka yang mempunyai pasangan yang tak minat bisnes, seharusnya mereka dah FAHAM. Kalau pasangan anda tak minat bisnes, anda JANGAN PAKSA.Apa yang anda boleh buat ialah cari cara bagaimana anda boleh konfidenkan mereka dengan bisnes yang anda lakukan.
Ramai yang tanyakan pada kami, macamana ye suami saya tak minat bisnes? Ye lah, kita kena faham sefaham-fahamnya kenapa dia tak minat..Backgroundnya macamana? Ibu bapanya atau familynya buat bisnes tak?..Kawan-kawannya semua bekerja makan gaji atau berbisnes? Kalau kita kaji, kita tahu kenapa dia tak minat bisnes..Jadi, kenalah FAHAM.Tak perlulah nak rasa pelik ke,nak blamekan pasangan kalau dia tak minat bisnes.Itu perkara biasa.
2. KONFIDENKAN PASANGAN
Lepas kita dah faham,kita kena tahu cara bagaimana nak tarik minat dia.Selalunya pasangan yang tak minat adalah kerana dia tak konfiden dengan bisnes anda.Dia rasa bisnes anda susah nak berjaya.Kalau anda menghadapi situasi macam ni, anda perlu tahu bagaimana nak konfidenkan pasangan anda.
Apa yang saya buat dulu, saya selalu cerita pada suami cerita-cerita yang best tentang bisnes saya dulu. Masa buat MLM, cerita lah tentang sale orang tu, sale orang ni...Bila dalam bisnes kek pula, cerita lah tentang feedback customer, forwardkan mesej customer yang memuji kek kami contohnya...
Paling extreme, saya memang tak pernah bagitau suami jika kek banyak return. Kalau dia tanya bisnes macamana? Saya jawab very gooood....Jangan pinjam duit pasangan kerana itu punca dia tahu bahawa bisnes anda tak ok sebenarnya. Bila bisnes dah ok, tunjuk statement bank anda atau ledger akaun anda..Masa tak ok, jangan tunjuk lagi..Hehe..Pengsan dia nanti, sure dia akan suruh u stop bisnes dan cari kerja.
Bukan apa, kita kena faham pasangan macam ni dia belum kuat, sekuat kita yang minat bisnes. Kalau kita nampakkan yang tak best, dia akan rasa down.Ada seorang kawan saya, isterinya tak minat bisnes. Suami yang baru memulakan bisnes mintak tolong isteri buatkan akaunnya.
Of course la bisnes yang baru bermula 2-3 bulan mana nak cantik lagi cashflownya..Jadi, bila tengok akaun suami,isteri dah down..dia dah tak nak tengok akaun suaminya lagi..dan semenjak itu, dia dah tak minat dengan bisnes suami. Bila tak saling support, suami akhirnya stress dan tak dapat fokus dengan bisnes.
3.BUKTIKAN PADA PASANGAN
Sepanjang berbisnes tu, kalau tak dapat support pasangan, anda kena KUAT . Buat sampai boleh tunjukkan bukti pada pasangan. Biar pasangan nampak hasil dari apa yang kita buat selama ini.
Kalau yang buat MLM, bagi je untung runcit tu semua pada pasangan. Sure dia happy...Bila close sale je, belanja pasangan makan di hotel ke, beli hadiah untuk dia ke..Kena banyak memberi, baru lah lama-lama terbuka hati..
Untuk yang conventional bisnes pun sama, kena bagi upah pada pasangan ni..Kalau dia tolong kita beli barang contohnya, kita tak boleh kedekut..tak boleh berkira sangat,jangan ingat untung belum dapat lah,bisnes baru nak bermula..Tak kira baru start atau dah lama, memang kita kena sentiasa jadi pemurah dengan pasangan kita supaya dia happy dan dia confident.
4.TACKLE PASANGAN
Bila kita dah faham pasangan, kita kena pandai TACKLE pasangan untuk sama-sama minat berbisnes dengan kita. Macam-macam cara kita boleh guna untuk tackle pasangan ni..Takkan tak pandai pulak kannn..dulu-dulu nak dapatkan pasangan pandai tackle...bila dah kahwin tiba-tiba tak pandai tackle pulak? ngeeee....
Nak tackle ni, kita kena merendahkan ego kita..rendah diri..Macam-macam cara nak tackle sebenarnya, termasuklah..cara kita mintak tolong pasangan, cara kita bercakap dengan pasangan pun banyak main peranan..kenalah cakap manja-manja ke..kena buat dengan cara yang sangat berhemah..
Tapi kita juga kena faham, bab tackle-mentackle ni...bukan tiba-tiba je pasangan akan berubah, atau minat bisnes..ini proses jangka panjang..kena sentiasa buat..kena sentiaaaasa tackle..jangan cepat frust,lama-lama insyaallah pasti dia boleh terima. Berapa lama proses ni? Semuanya terpulang pada anda..berapa banyak usaha yang anda lakukan selama ini?
5. TAHU POTENSI DAN KEKUATAN MASING-MASING
Ni untuk yang sama-sama berbisnes pulak..Kena tahu dan bahagi tugas masing-masing..Kalau dua-dua minat nak masak contohnya, takkan dua-dua nak ke dapur? Siapa yang nak manage bisnes?
Ada satu kes ni,isterinya yang sepatutnya berpotensi untuk berurusan dengan customer kerana isteri ni lebih manis dan lembut percakapannya..Suara dan cara percakapan suaminya pula agak kasar dan mukanya garang..
Tapi si isteri tak nak deal dengan customer, dia hanya nak tumpu pada production. Untuk mengambil hati, suami terpaksalah berurusan dengan customer. Si suami ni komplen pada saya, kenapa sale dia drop? Macamana tak drop kalau cara kita layan customer walaupun dalam fon saja customer dah rasa tak selesa? Sepatutnya si isterilah kena layan customer, si isteri kena faham dan tahu bahawa bisnes yang dia buat tu berkaitan dengan manusia. Jadi, kita kena pandai tackle manusia..
6.BERI SOKONGAN
Ni untuk pasangan yang tak minat bisnes..Walaupun anda tak minat bisnes, maklumlah dah selesa makan gaji..Tak apalah, nak buat macamana kalau anda tak nak jadi kaya, tak nak tengok anak-anak gembira dan tak nak anak-anak jadikan anda sebagai IDOLA...
Tapiii....tolonglah bagilah sokongan kepada isteri atau suami anda yang minat..Sokonglah dengan sepenuh hati..Janganlah biarkan dia terkapai-kapai keseorangan..Tak kesian ke pada pasangan anda? Dia hanya nak kekuatan, moral support..berikan kata-kata semangat..atau kalau susah sangat.
Sekali-sekali temankan lah dia ke tempat-tempat yang pasangan kita suka..macam ke seminar-seminar ke..Temankan saja..Susah ke nak temankan saja? Kesian tau kalau terpaksa pegi sorang-sorang? Ke kedai pun (untuk yang ada kedai) tak nak pegi..Bukankah itu isteri anda? Support lah dia..Sekurang-kurangnya kasihanilah dia..Dia sedang buat sesuatu untuk keluarga anda, kalau anda tak support, lama-kelamaan dia akan lemah, stress dan ditakuti dia tidak bahagia?
7.BERGOLEK
Ooopppsss jangan marah...Point ni suami saya yang suruh tulis..Dia kata, jangan biarkan pasangan anda bergolek-golek keseorangan...Maklumlah, bila busy masing-masing jadi nelayan ( kata dealer kami Zahid). Ye lah jadi nelayan, sebab asyik ke laut jer..Hati-hati!..Pilihan di tangan anda...
~Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah ~
Thursday, August 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment