Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, August 26, 2014

QUOTES RAYA 2013

PESAN ARWAH TOK

Teringat arwah tok pernah pesan, raya-raya ni..carilah peluang yang ada untuk eratkan silaturrahim, rapatkan balik yang mana dah lama hilang, yang merajuk-merajuk tu carilah balik...

Tok kata, cincai-cincailah..lupa-lupakanlah yang pernah marah-marah tu, cer fikir..abang kita tu..kakak kita tu..boleh diganti tak?.Tak boleh kan...itulah satu-satunya abang kita..kakak kita...makcik kita..yang muka macam tu, tak ada yang lain dahh...

Nanti diorang dah tak ada, siapa nak ganti diorang?..Nanti rindu pulak..teringat pulak kebaikan diorang.....

♥ Pesanan Semua Tok ♥
 
*****************************************************************************
Raya adalah hari untuk menggembirakan ibu ayah kita..anak-anak kita..

Ikut je mak ayah nak ajak beraya di mana..Walaupun kita tak suka, kita nak beraya dengan kawan-kawan tapi bersabarlah..

Percayalah, kalau kita kesiankan mak ayah kita, Allah pasti akan kasihankan kita..Dan, pasti ada habuannya yang lebih best mananti...

♥ Salam Kemaafan♥
 
*************************
Suami yang terlebih-lebih beratkan sebelah keluarga isteri, sampai membiarkan ibu bapanya sendiri tertunggu-tunggu kepulangannya...adalah suami yang tidak ada ilmu!..

Sepatutnya Isteri perlu tahu bahawa keramat hidup suaminya adalah ibu dan ayah suaminya?..

Suami jangan ingat dah dapat isteri yang cantik, bijak, berpangkat, kaya...terpaksa pulak terikut-ikut kata-kata isteri.Beraya hanya di rumah isterinya..Boleh ke macam tu?..Nampak suami yang macam tu seolah-olah dicucuk hidung isteri sebenarnya..(Maaf ya)

Jangan tak tahu, kalau u all berlaku tak adil, nanti anak-anak dah besar....dia pun buat perkara yang sama?..Dia hanya pentingkan keluarga isterinya?..

Macamana?..
***************************************************
Hari raya adalah hari penghubung kasih sayang, hari pengerat silaturrahim..hari pengikat hubungan..

Carilah sebanyak-banyaknya saudara dan rakan taulan untuk bermesra, untuk bertanya khabar..

Tapi...janganlah sembang isu sensitif pulak..Elakkanlah isu politik dan isu harta pusaka...Harta pusaka tu bagi je lah kat anak yatim ke...kita pakat-pakat cari harta sendiri kay.

Apa kata raya-raya ni semua sanak saudara yang berjumpa, sembang hal-hal bisnes yang boleh bagi semangat dan inspirasi kepada ahli keluarga lain yang ingin berubah..yang ingin berjaya..

Jangan kedekut ilmu, the more u share, the more u will get!..
 
************************************************************************
Encik suami kata,nak beraya tu..kalau nak pegi semua rumah saudara mara memang tak sempat..Lebih elok kita ziarah saudara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa...Sambung balik yang mana dah terputus..

Dan,lebih baik lagi kita ziarah lah keluarga yang susah...

Yang selalu jumpa tu kita k.i.v dulu lah ye..;)

♥ Salam kesyukuran♥
 
**************************************************************************

Alhamdulillah...sangat seronok bila dengar raya tahun ni ramai yang dapat rezeki lebih...yang boleh beraya sakan..

Sujud syukur ya adik-adik, kawan-kawan..beringatlah...yang kita dapat tu sebahagiannya bukan hak kita pun..

Banyakkan bersedekah, bagilah banyak-banyak duit raya pada yang memerlukan ok..Allah nak menguji kita dengan rezeki yang melimpah ruah..

Kalau kita berkongsi rezeki ini kepada lebih ramai orang-orang di sekeliling kita, insyaallah Allah akan beri banyak lagi di aidilfitri yang seterusnya..

Aminn..
 
************************************************************************
Semalam ada seseorang yang berkongsi, tahun ini sangat istimewa kerana inilah pertama kalinya dia mencium dahi ayahnya dan memohon kemaafan..

Walau ego macam mana pun seorang ayah, selama ini susah untuk memaafkan anaknya..tapi, kalau kita simpan niat yang betul, kita sayangkan silaturrahim dengan keramat hidup kita, insyaallah mereka akan luluh hati melihat kita datang memeluk..mencium mereka...

...kerana bukan senang seseorang itu membuang ego dan datang memohon kemaafan..Hanya orang yang berjiwa besar saja boleh melakukannya. .

♥Salam keinsafan♥
 
************************************************************************
Hari raya adalah hari untuk berbakti kepada kedua keramat hidup kita..

Dengan siapa lagi mereka nak bermanja..nak diajak beraya..Memang pun kadang-kadang kita tak kenal pun saudara mak ayah kita..Tapi bersabarlah, gembirakanlah mereka..bila lagi kita nak berjasa pada mereka?..

Satu hari nanti bila mereka dah tiada...barulah terasa sunyi bila beraya..terasa menyesal tak gembirakan mereka semasa mereka masih bernafas..

Masa itu, semuanya dah terlambat...Hanya boleh menanggung rinduuuuu....
 
*************************************************************************
 
TAHNIAH TUDUNG FAREEDA!!..

Saya perasan raya tahun ni ramaiii sangat jelitawan-jelitawan pakai tudung bertingkat-tingkat. :)

Tahniah kepada Tudung FAREEDA kerana idea yang genius dan menjadi pelopor tudung bertingkat.Tapi pasti ramai jugak yang menumpang idea FAREEDA ini juga dilimpahi rezeki yang melimpah-limpah..

Takpekan FAREEDA, sekurang-kurangnya idea anda memberi ruang dan peluang kepada ...lebih ramai orang kita untuk mencari rezeki yang halal..

Syukur Ya Allah di atas pemberian idea mereka-mereka yang hebat ini!

Tahniah FAREEDA!!...Anda Nyata Jelita..:)
 
************************************************************************

Kepada kita yang mempunyai pasangan yang sangat bertimbang rasa..yang sangat adil dalam semua perkara..yang menghargai keluarga pasangan..Alhamdulillah..bersyukurlah banyak-banyak..

Kerana ramai yang sedang sayu dan pilu menahan perasaan..menanggung kerinduan kepada ahli keluarga...

Sabarlah ya...Berdoalah dan merayulah pada Allah semoga pasangan anda akhirnya terbuka hati untuk menerima keluarga anda..

Dan percayalah, selagi anda bersabar dan menghormati keramat hidup anda... insyaallah Allah pasti mengasihani anda..
 
*******************************************************************
 
Ramai rupanya tengah berkira-kira nak resign dan nak mulakan bisnes..

Bagus tu...

Tapi..kalau hubungan suami isteri tak harmoni, hubungan dengan keluarga tak lancar, tak guna sebenarnya u all start bisnes.Nanti ada saja halangan..kalau bisnes ok pun, ada banyak sangat kebocoran pulak..

Senang citer, setelkan pasal tu dulu kay pastu bila buat bisnes insyaallah pasti meletopp letopp,.cepat je bisnes naik macam naik lif!!!....

♥ Salam persaudaraan♥
 
*******************************************************************
TAHNIAH ABANG LONG &
KAK LONG!!

Peranan anak sulong sangat penting dalam hubungan kekeluargaan.

Perasan tak, dan try observe tengok, kalau keluarga yang sentiasa harmoni, hubungan adik beradik yang erat,kebanyakannya saudara sulong yang banyak memainkan peranan.
...
Kalau keluarga yang kacau bilau, tengoklah sifat anak sulong dalam keluarga..Tidak ambil peduli tentang keluarga..Ada yang tak tahu nak menyatukan kembali hubungan yang retak malah lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Tapi of course bukan semua...

Jangan marah anak-anak sulong yang hebat!!...Yang sentiasa suka menghubungkan silaturrahim.Yang tak suka tengok saudara mara berpecah belah..Anda memang lain dari yang lain, pasti anda akan berjaya dalam hidup anda kerana anda cintakan keharmonian dan keamanan, kebahagiaan dan anda memang penuh dengan kasih sayang!!...

♥ Tahniah semua abang long-abang long dan semua kak long-kak long kami :) ♥
*****************************************************************************
 

Ada yang berpendapat, buat bisnes makan ni memang sangat ok dengan syarat makanannya SEDAP dan MURAH..

Yang sedap, saya setuju..tapi yang murah rasanya tak semestinya kot..

Kalau mahal tapi bahan yang digunakan bahan yang fresh..yang berkualiti..servisnya terbaik..tempatnya selesa..

Pendek kata, kalau pelanggan puas hati konfem dia sanggup bayar lah..Lagipun pelanggan sekarang dah boleh menilai NILAI dalam produk..bukan harganya.

♥Salam ukhuwah♥
 
************************************************************************
Orang yang ditimpa kesusahan dan halangan, sama ada isteri tiba - tiba suka melawan cakap suami, suami pulak tiba-tiba panas baran, sale tiba-tiba drop,maid tiba-tiba lari,pekerja tiba-tiba mencuri...

Tindakan apa yang orang berjaya lakukan untuk menghadapinya?..

Orang yang berjaya akan nampak sebenarnya semuanya berpunca dari diri kita sendiri sebenarnya.Manakala orang yang gagal akan menuduh semua orang kecuali dirinya!

Dan org yg berjaya akan beristighfar dan bersalawat sebanyak yang mungkin.Kerana mereka tahu, itulah penawar segala keresahan dan pembuka segala rezeki.

♥ Salam kemaafan♥
 
****************************************************************
 

As salam Kak/Abang...baru tadi singgah kedai akak. ..memborong la. gak termasuk choc cake n jajan jijan hehehe...part paling best..ada pakcik ni peramah sgt..ms borak2 dia bgtau dia dulu keje kat tmn pertanian. .dia bg sy free kek...bestnyaaaa...hihihi...xpenah dpt camni kalau pi kedai lain....terima kasih kak anis n sume team yg slalu tersenyum walau dh malam. ...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

♥Thank you Abang Malik and adik-adik staff yang happy melayan customer tengah-tengah malam ni....lebiuuuuu lahh...:))♥
 
**************************************************************************

Kalau kita betul-betul sayangkan persaudaraan dan persahabatan kita..sayang jika lama-lama hubungan semakin rapuh dan menjauh...tak payah lah tunggu open house baru nak melawat...

Kalau niat kita betul..bersih dan suci..mereka kan menerima kita dengan hati yang terbuka..

♥ Express our love♥

*********************************************************************************
 

 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment