Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, August 19, 2014

HARI YANG PENUH MAGIK - Short

HARI YANG PENUH MAGIK

Pagi-pagi seperti ini, untuk pastikan hari kita dipenuhi dengan magik dan kejayaan sepanjang hari, cara paling mudah ialah dengan BERSYUKUR!..

Dari saat kita buka mata sampailah kita masuk dalam kereta untuk memulakan hari ini, katakan Terima Kasih Ya Allah dengan membayangkan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sejak awal pagi tadi.

Mungkin kita dah sarapan pagi, m...aka sebutkanlah Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kita teh atau kopi atau jus buah-buahan dan sebagainya untuk sarapan pagi ini.Kesyukuran ini akan membuatkan hari kita lebih bersinar-sinar,gembira dan memberi energi untuk sepanjang hari kita.

Pastikan kita bersyukur sepanjang masa kerana kesyukuran itu boleh dilakukan dalam setiap tindakan kita.Katakan Terima Kasih Ya Allah, dan pastikan nama Allah sentiasa di bibir kita di setiap tindakan kita. Dan saya doakan hari ini, anda semua pasti akan dipenuhi dengan magik-magik dari Allah SWT. Amin... :)
See More

0 comments:

Post a Comment