Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, November 17, 2014

SELAMAT TINGGAL KENANGAN.. SELAMAT DATANG CABARAN

- Oleh : Hafiz Hamzah



Lain macam pula tajuk hari ni. Tapi hari ni bukan nak bercerita tentang kesedihan. Hari ini nak bercerita tentang perubahan. Perubahan kedai Anis Choc Moist Cake dari tahun 2010 hingga sekarang.



Sedikit kisah sejarah, kedai Anis Choc Moist Cake mula dibuka sekitar tahun 2010 di Seksyen 13 setelah empat tahun beroperasi dari rumah sebelum ini . Lihat gambar pertama, itulah hari pertama mereka membuka kedai. Tanpa signboard, cermin gelap dan gantung bunting je sebagai iklan. Masa tu lot kedai satu je.Siapa sangka itu kedai kek. Dan kedai mereka nun ceruk di belakang,kawasan yang jarang orang lalu. Kalau nak tahu yang duduk bersandar baju hijau tu, itulah CEO nya, Tuan Junaidy Abu Bakar.


Setelah ada ILMU dan MENTOR yang betul, sedikit demi sedikit mereka upgrade kedai mereka. Jadilah seperti gambar yang kedua. Cantik kan Kak Ton? Dari satu lot kedai, tambah lagi satu lot disebelahnya. Siap dengan signboard lagi dekk..

Tapi mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka masih lagi nak menambah nilai hidup orang lain. Berbekalkan ILMU dan MENTOR, kini mereka dah memiliki kilang yang jauh lebih besar di Bukit Jelutong. Siap dengan ruang lobi dan pejabat yang luas lagi. Perhatikan gambar ketiga dan keempat. Semua sebab ada ILMU dan MENTOR kan?

Sengaja saya bercerita tentang kedai hari ini kerana hari ini adalah hari pertama production kami beroperasi di kilang baru selepas selesai berpindah pada Sabtu lepas.Banyak kenangan di kedai lama tu. Kami percaya dengan berhijrah ke tempat baru ini, cabaran lebih besar akan datang kerana rezeki yang Allah nak bagi pun besar-besar juga. Terima kasih dengan sokongan semua. Saya tak pandai menulis panjang, biarlah hanya gambar yang berbicara.

Buat pelanggan setia, kedai lama masih lagi beroperasi seperti biasa. Bagi mereka yang nak tahu kisah kejayaan, pengalaman dan ilmu Tuan Junaidy dan Puan Anis Cmc, jangan lupa temujanji anda di program WE COACH YOU pada 23 November ini di Shah Alam. Pada yang nak join, cuba call Alang/Yana di 011-3510966 tanya masih ada tempat lagi atau tidak. Pada yang nak jadi agen, boleh hubungi stokis-stokis negeri kami.

0 comments:

Post a Comment