Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, November 5, 2014

TIPS UNTUK PECAH EGO


  1. Kena belajar jadi orang yang humble.
  2. Orang yang selalu sujud, selalu tunduk, meminta, merayu pada Allah akan jadi orang yang humble. Kerana dia faham, dia tidak hebat.Dia perlu meminta kerana Allah Yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa atas segala kejadian.
    Jadi, banyakkan sujud, dan sentiasa berkomunikasi dengan Allah.
  3. Senyum. Memang boleh pecah ego.
  4. Belajar ringan mulut untuk mintak tolong orang. Kerana bila kita berbisnes, seolah-olah kita nak mintak tolong orang beli produk kita.
  5. Perlu ada sikap hormat orang. Boleh mula praktis bagi salam pada seorang yang tidak dikenali setiap hari. Terutamanya pada orang tua.
  6. Boleh praktis salam dengan 2 orang yang tidak dikenali setiap hari. Tempat yang paling sesuai ialah lepas solat jemaah di masjid. Salam orang kiri kanan kita (atleast). (Sebab tu lah kena solat jemaah  )
  7. Letakkan diri di bawah orang yang kita jumpa.
  8. Perlu tanam dalam diri, aku nak pecah ego, sebab orang ego susah berjaya.
  9.  Boleh mengakui kebodohan dan kelemahan diri.
  10. Kata-kata terima kasih dan minta maaf sering di mulut. Orang yang mudah berterima kasih dan minta maaf pada manusia adalah orang yang disayangi Allah.
  11. Pegang prinsip, kalau reject pun bukan sebab salah aku atau produk aku. Tapi orang tu yang tak ada duit. Hihii.. Tapi nanti dia ada duit,dia akan beli. 
  12. Belajar bersedekah juga boleh pecah ego.
  13. Share resepi juga boleh pecah ego. Lama-lama perasaan 'kepunyaan' itu akan hilang. Kerana segalanya milik Allah.
  14. Mengaku orang lain pandai masak atau buat sesuatu yang sedap juga boleh pecah ego. Tidaklah terasa kita sorang ja pandai buat segala-galanya.
  15. Suka puji orang juga boleh pecah ego.
Apa lagi ya jutawan? Ada tips lagi nak tambah? Jom kita tolong mereka yang nak pecah ego sebab kalau tak pecahkan ego memang susah nak berjaya. 
Betul ke betul? 

WALLAHU'ALAM

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment