Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, November 20, 2014

PERLU PERCAYA KEPADA ORANG LAIN?


Salah satu elemen yang perlu ada dari hari pertama anda buat bisnes ialah perlunya ada elemen percaya kepada orang lain. 

Tak mungkin berjaya seseorang itu kalau dia tidak percaya kepada orang!..

Dulu kami pun susah jugak nak percaya kat orang ni. Tahu sajalah, terlalu banyak dengar berita tak best pasal pekerja ni. Ada yang mencuri, menipu dan sebagainya. 

Sebelum kami mula buat sistem pengedar. Pun dah ada yang offer nak edarkan kek kami di KL. Tapi risaunya....takut dia tak pandai handle kek kami. Takut kena tipu dan sebagainya.Tapi sekarang, bila dah open minded, bila dah percaya pada orang, apa yang terjadi? Bisnes lebih berkembang, bukan? 

Bila fikir balik, tak ke mana kita kalau tak percayakan orang ni. Larat ke nak buat semua sendiri? Macamana bisnes nak expand?

Kami ada beberapa pengalaman yang membolehkan kami tak percayakan orang. Kalau kami pilih untuk terus tidak percaya. 

Kami pernah mendapat pekerja yang tak amanah. Yang mencuri. Bukan sekali, tetapi beberapa kali, beberapa orang pekerja terlibat kes kecurian ni. 

Kes lari semasa bekerja jugak ada. Tiba-tiba balik kampung, lepas tu lesap tak datang-datang. Kita yang terpaksa rearrange balik kerja mereka. 

Ada yang sepatutnya petang dah habis hantar kek contohnya, tapi sampai pukul 9 malam tak muncul-muncul.

Pembantu yang menjadi tulang belakang buat kek pun dilarikan orang. Masa tu polisi kami sesiapa sahaja bebas untuk masuk keluar dalam production. Sebab saya sendiri memegang kepada prinsip BE TRANSPARENT. Dan saya tak apa untuk disembunyikan. Kalau resepi pun dah bagi, takkan tak nak kasi orang tengok proses buat kek? Pelik namanya tu. Lagipun, saya tak ada rahsia. Sama saja caranya macam orang lain buat kek. Buat apa nak sembunyi-sembunyi?

Dari situlah ada yang mengambil kesempatan. Ramai yang berbaik-baik dengan staff dan bawak staff keluar dari kilang kami. 

Tapi, saya tak pernah timbul rasa dah tak percaya pada orang lain. Memang bila difikirkan sedalamnya, salah saya jugak sampaikan master chef dicuri orang. Saya tak jaga betul-betul. Dia manusia. Dia perlu belaian. Kira kurang dapat kasih sayanglah ni...hihii..

Jadi kalau terlalu 'ban' orang ni..ban orang tu...Tak percaya orang Indonesia, atau orang Bangladesh, nak harap pada siapa? Tak ke mana lah kita dekkk...Orang tempatan kita tak akan adanya yang nak kerja lama-lama dengan kita terutamanya di bahagian production. Jadi, siapa yang kita nak percaya? 

Cara u nak lebih faham ialah, u kena berkembang dengan cepat. Ambil banyak pekerja. Bagi kami tak ada salahnya ambil ramai pekerja. Insyaallah rezeki akan lebih barokah jika kita berkongsi dengan ramai orang. 

Ok jutawan. Semoga anda semua berjaya dalam bisnes. Jangan risau untuk percaya pada orang, kerana Allah itu ada. Bergantunglah sepenuhnya pada Allah, insyaallah kita tak akan takut dengan tipu daya dan kerenah manusia. 

WALLAHU'ALAM.

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..

0 comments:

Post a Comment