Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, November 19, 2014

TAK PANDAI ENGLISH PUN BOLEH JADI JUTAWAN


Dah lama saya observe sepasang suami isteri ni. Saya dah lama mengenali mereka. Sangat humble, pernah dia bercerita, dia tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris.

Pernah sekali tu, dia meeting dengan semua bangsa Cina. Dan bahasa yang digunakan Bahasa Inggeris. Dia tak faham langsung katanya. Dia angkat tangan mengatakan yang dia tak faham dan mintak mereka gunakan Bahasa Melayu. 

Lepas dari itu, dia terus dapat projek yang bernilai rarusan ribu. Itulah dia orang yang jujur, pasti ada jalannya.Tapi kan, bukan setakat tak faham English, malah menulis pun tak cekap. Tapi bisnes mereka? Dah mencecah jutaan ringggit setahun!..Kata kat orang sebelah, kau ada?..Hehe..

Tiba-tiba baru ni si suami tu bercerita. Dia mendapat offer dari seseorang. Bisnes orang ni dah 20 tahun di pasaran. Tetapi diuruskan oleh ibunya. Setelah ibunya meninggal, dia nak jual bisnesnya. 

Tapi dia masih sayang dengan bisnes ibunya. Sebab dengan duit bisnes ibunya lah dia dan keluarganya dibesarkan. 

Yang membuatkan saya sangat terharu ialah, orang ini memilih rakan kami untuk teruskan bisnesnya. Apa yang sebenarnya dilihat pada rakan kami ini? Saya pasti sikapnya yang humble membuatkan mereka terpikat.

Dan untuk pengetahuan anda, orang yang nak jual bisnes ibunya ini ialah seorang yang bukan berbangsa melayu!..Macamana seorang yang bukan berbangsa melayu boleh percayakan orang kita?

Masa pembukaan bisnes, bukan setakan beri sokongan biasa, owner bisnes ini siap rekemen kepada pelanggan lamanya untuk terus membeli dengan rakan saya kerana kata mereka kepada pelanggan mereka, rakan saya seorang yang jujur 
(anak mereka faham perbualan mereka kerana bersekolah di sekolah Cina).

Bukan kerana dapat kepercayaan orang bangsa lain yang nak saya highlightkan, tapi..sikap seseorang yang humble dan jujur itu sangat main peranan dalam membuatkan seseorang itu berjaya. 

Integriti seseorang sebenarnya lebih power dari modal, lebih power dari strategi marketing perniagaan!..

(By the way, kalau saya dapat permission, saya akan perkenalkan sepasang suami isteri yang saya kagumi ini). 

Ok jutawan, semoga kita dapat belajar sesuatu dari kisah benar ini ya  All the best to u all my deariesss  

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment