Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, November 4, 2014

USAHAWAN MENTALITI KOMPLEN


Mesti ramai yang pernah tengok orang yang macam ni. Apa yang orang buat, semua dia tak puas hati. Staff dia buat apa pun memang tak pernah dia rasa ok. Bosses yang so called 'detail - orientated' atau 'perfectionist'. Kalau anda perasan, orang macam ni jarang nampak gembira. Sebab jiwa dia tak enjoy..Dia tak enjoy life. Semua orang dia nampak salah jer...

Tak ada masalah kalau u nak buat yang terbaik dalam kerja u. Itu memang sangat bagus. Tapi janganlah rasa tak puas hati atas semua kejadian sekeliling anda. Setakat bab kerja atau bisnes ok lah..

Kita boleh dapat segalanya dalam hidup tapi tak akan beri makna kalau kita tak enjoy, atau tak appreciate, sampaikan kita tak perasan kita dah dapat sesuatu, sebab kita sibuk nak cari sesuatu yang lain pulak. 

Sebenarnya, kalau anda perasan, perasaan nak perfect dan sering tak puas hati tu dah melanda hidup kita .Bukan setakat kerja je..bukan setakat bisnes je..

Bila ke restoran contohnya, u selalu nak dapat perfect experience. Kalau dapat makanan yang tak sedap, dah mula rasa mood hilang. Dah hilang your enjoy moment. 

Sebenarnya, kalau kita jenis yang bersyukur dengan setiap perkara berlaku dalam hidup kita, akan semakin kurang experience yang tak best yang akan berlaku dalam hidup kita. Semua yang best - best jer.

Dan cer perhatikan, antara orang sekeliling kita, betul tak orang yang macam ni, yang selalu terjadi yang tak best je dalam hidup dia, selalu dapat layanan yang tak best, terima berita yang tak best, dapat kawan pun asyik kaki kelentong je, bila order makanan pun asyik dapat yang tak sedap je..sebab apa?..

Sebab.....dia banyak komplen dalam hidup dia. Sifat komplen tu dah sebati dalam hidup dia. Sampai dia tak perasan pun dia suka komplen. Sebab macam dah jadi sebahagian dari jiwa dia. 

Bila ada catuan air contohnya, feel grateful je. Bayangkan betapa mewahnya air yang Allah berikan kepada kita selama hidup ni. 48 tahun dah mewah air, ni baru sebulan dua tak ada air dah nak marah? Salahkan orang itu..salahkan orang ini...

Sebenarnya uols, segala apa yang Allah tentukan itu pasti ada hikmah yang positif. Dan bukan semua orang yang nampak hikmah ini, kerana masing-masing tengah sibuk komplen komplen komplen!..

Kita jangan macam tu okay loveliessss, jutawan semua..bukakan hati dan sentiasa 'notis' dan nampak banyak pengalaman yang best-best, the love and the beauty sebenarnya sentiasa datang dalam hidup kita.

Bila kita nampak dan appreciate segala perkara yang best, yang best-best je akan datang dan datang lagi dalam hidup kita!...

Yes!!.. Terima kasih Ya Allah...

 Indahnya hati dengan istighfar, berselawat,bersyukur dan bersedekah... 

0 comments:

Post a Comment