Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, November 21, 2014

MEMPUNYAI PASANGAN YANG MEMBERI SOKONGAN


Assalamualaikum jutawan. Saya nak ceritakan sesuatu. Saya terkejut sebenarnya bila saya baca buku Millionaire Mind ni. Buku ini atas kajian Thomas J Stanley berkenaan tentang jutawan dari Amerika. Dia mula buat kajian pada tahun 1983 ke atas ribuan orang jutawan Amerika. 

Macam-macam finding dia. Antaranya, 92% daripada jutawan mereka adalah yang dah berkahwin. 2 % sahaja yang belum berkahwin dan 2% pulak yang bercerai. 

Dan kebanyakan daripada mereka menekankan kepada faktor 'having a supportive spouse' sangat-sangat penting dalam kejayaan mereka. 

Saya suka topik ini. Kerana kebanyakan orang kita yang saya lihat, memang tidak sokong apa yang pasangan mereka lakukan. Kalau tak support, macamana isteri atau suami kita nak berjaya?

Ada yang langsung tak nak tolong isteri belikan barang, katanya letih. Ada yang tak nak tolong temankan suami berjumpa client, katanya tak perlu. Tapi sokong? Tapi staff suami pun tak kenal? Sokong macamana tu? 

Sokong pun boleh jadi dalam berbagai bentuk. Ada yang pemalu, tak nak jumpa kawan-kawan suami atau isteri. Tapi dia sentiasa berdoa untuk pasangannya. 

Tapi satu lagi yang menarik ialah, tak ramai di kalangan jutawan adalah orang yang belum kahwin. Walaupun dia sorang yang bekerja keras, tapi dia tetap tak dapat accumulate wealth untuk dirinya. 

Dan saya rasa ini penting. Ramai yang takut nak kahwin sebab takut komitmen. Takut tak dapat 'jaga' pasangan. Sedangkan kalau dia berkahwin, pasti ada rezeki Allah untuk mereka. 

Itulah law of expectation atau law of mind capacity. Bila kita hidup seorang, Allah sediakan rezeki yang mencukupi untuk kita seorang. Tetapi bila kita berkahwin, Allah bukakan lebih kapasiti untuk kita. Rezeki akan bertambah-tambah. 

Begitu juga jika kita ada anak. Rezeki kita juga alhamdulillah akan bertambah. Saya dulu rasa risau masa mengandung anak pertama. Gaji selalunya habis bayar itu beli ini. Saya risau macamanalah agaknya nak beli diapers dan susu anak nanti? Sedangkan duit gaji ngam-ngam je. 

Maha Agungnya Allah, bila dapat baby, segalanya berjalan lancar. Dari situ saya mula faham tentang kapasiti minda dan the law of expectation. Dan saya dah tak risau nak tambah anak. Kerana rezeki anak itu pasti ada. 

Jadi berbalik kepada topik supportive spouse tu, saya rasa kita perlu support pasangan kita. Tak perlu takut atau risau yang melampau apa yang dilakukan. Sebab, kalau kita terlalu risau, terlalu fikir yang tak best..yang fail...insyaallah kita yang menarik apa yang kita fikirkan. Takkan u nak suami u atau wife u fail? 

Kalau tak nak, support saja. Appreciate apa yang dia buat. Berjaya atau tak kemudian cerita. Yang penting, just be grateful and happy all the way your journey of life. Insyaallah kalau kita tenang dan gembira, kita akan menarik lebih banyak ketenangan dan kegembiraan. 

Ok jutawan? Amacam? Ada yang dah tak sabar nak kahwin kan? Hehe...Saya doakan anda semua berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dengan kebahagiaan itu, anda mendapat lebih banyak kekayaan dan kejayaan..

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment