Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, November 1, 2014

KALAU SUAMI TAK SUPPORT


- Teori Sentuhan -



Hehe..sentuhan apa tu ye? Jangan saspen lagi. Teruskan membaca kay..  



Ramai isteri yang mengadu dan bertanya, macamana ye kalau dia minat bisnes, tapi suami tak sokong, tak nak bantu. 



Sepanjang lebih kurang 10 tahun berkecimpung dalam dunia bisnes ni, saya lihat kebanyakan yang memulakan bisnes ialah wanita. Atau para isteri. 

Tak kiralah bisnes apa pun, direct selling ke, jual kek ke, apa saja bisnes, mesti isteri yang memulakan. 

Saya rasa sebabnya ialah, lelaki ni dia berminat dengan bisnes yang untung besar sahaja. Kalau jual kek ni lagi lah dia kata, apa?..Untung 50 sen je?..Bilalah nak kaya? Hehe..

Betul ke betul? 

Ramai yang macam tu. Sebab dia belum nampak. Dia belum faham. Dia belum ada experience. 

Waktu ini, saya cadangkan kepada para isteri, sabar je. Buat je sendiri. Atur cantik-cantik dulu. Lepas tu tipsnya, bagi suami pegang semua duit sales. 

Yang saya lihat, para suami ni sebenarnya nak tengok bukti dulu. Kalau betul-betul ok dan dapat merasa duit, barulah dia buka mata. 

Dan yang best sekali, lepas tu bukan saja dia buka mata. Tapi dia yang akan all out!.

Ada satu cerita ni. Cerita salah seorang dealer kami. Mula nak buat bisnes kek ni, dia nak jadi ejen. Suami tak kasi. Suami kata boleh jual ke bisnes kek coklat ni? Hehe...

Takpe. Dia pun mula lah sikit-sikit. Dia mula januari 2014. Lama-lama si suami dah bukak mata. Sebab dia tengok sungguh-sungguh isteri dia. Dan dia nampak sendiri jumlah kek yang di order isterinya semakin lama semakin banyak. Sampai kena beli chiller. 

Sekarang dengar ceritanya, dia pulak yang tak senang duduk kalau tengok stok kek dah nak habis. Cepat-cepat dia suruh isterinya order. 

Yang lebih best!

Dengar ceritanya sekarang si suami yang menghantar kek ke semua outlet!. Walaupun sebenarnya dia pun masih bekerja. 

Cerita si isteri lagi, suaminya tu kerja shift. Kalau suami dia kerja malam, balik pagi tu dia tak tidur. Tapi, dia terus hantar kek. Sampai ke petang pulak tu!..Malam terus kerja.

Power ke power?..

Satu perkara yang saya dapati, rasanya orang lelaki ni dia suka buat bisnes yang boleh cepat nampak hasil. Lebih best yang terus dapat pegang duit. 

Macam cerita dealer kami tu, si isteri dah sediakan platform. Si suami teruskan saja. Bila hantar kek, terus dapat payment yang bil minggu lepas. Satu dua mungkin tak terasa. Tapi kalau sehari ada 20 outlet? Kalau 6 hari keluar?

Nampak ke nampak? Best sangat sebab excitement masa dapat cash tu sangat sangat best!. Tak kiralah walau berapa ringgit. Tapi itulah dia The Power of Cash!..Siapa yang ada experience ni dia tahu macamana perasaannya kan? 

Inilah yang saya namakan Teori Sentuhan. Sentuh apa? Sentuh duit sebenarnya..hihii...

Ok jutawan semua, yang isteri-isteri tak perlu merungut suami tak support k. Asalkan dapat redho suami, terus je buat apa saja bisnes yang u rasa nak buat. Bagi nampak hasil. Bagi suami merasai jugak hasil tersebut. Lepas tu, insyaallah tengoklah!..Suami pulak akan take over dan lebih laju lagi!..

Di samping tu, banyak-banyak berdoa kay...

Ok ya jutawan, selamat menyambut berita gembira dan menguntungkan hari ini!..

Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

0 comments:

Post a Comment