Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, November 26, 2014

TIPS MEMBINA KEYAKINAN DIRI


  1. Jangan buat perbandingan diri anda dengan diri orang lain. Atau bisnes anda dengan bisnes orang lain. 
    Orang yang suka compare dengan bisnes orang lain berkemungkinan akan terlupa tentang kelebihan diri sendiri. Dan terlepas pandang kejayaan-kejayaan yang besar yang berlaku dalam hidup dia.

  2.  Set target yang senang & mampu dicapai.
    Kalau anda set matlamat t
    erlalu tinggi, anda sebenarnya set matlamat untuk gagal. 
    Betul, anda teringin mendapat jualan 20 ribu sebulan. Tapi, 2 ribu pun belum capai. Macamana nak sampai 20 ribu? Set 2 ribu dulu. Kemudian naik 5 ribu. 3 bulan lagi set 8 ribu. Lepas tu 10 ribu. Sampailah 20 ribu. Yang penting, sentiasa upgrade matlamat. Bukan stick dengan 20 ribu dari starting point. Nanti ada yang main biola pulak.
     
    Yang penting, aim to beat your personal best, not others.

  3. Buat perkara yang kita takut.
    Macam rancangan Fear Factor tu. Kalau takut tikus, duduk dalam kotak dengan tikus. Kalau takut ketinggian, buat bungy jumping. Hihi berani?
     
    Memang sangat benar sebenarnya. Saya pernah alami sesuatu. Masa tu pegi Ranau Kota Kinabalu. Ada satu sungai penuh dengan ikan yang akan datang hurung dan gigit kaki kita. Mula memang takut nak masuk kaki. Eeeee geliii tauuu...

    Tapi saya tengok semua dah cuba, saya terpaksa masuk dalam sungai tu jugak. Mula-mula memang menjerit. Tapi lepas tu, beberapa kali saya bawak team stokis lain pulak pegi lagi, saya dapati saya dah tak takut. Saya dah faham apa rasanya. Jadi saya rilek.
     
    Dari situ, baaru saya benar-benar faham tentang face the fear. Kalau takut orang reject produk kita, carilah lebih banyak rejection. Insyaallah lepas tu kita akan rasa cool ja, siap boleh senyum tak marah pun bila orang reject kita.
     
    Jangan biarkan ketakutan conquer hidup kita. Tetapi, hadapinya, confront it ok guys
      !..
  4. Buat declaration atau affirmation setiap hari.
    Cakap pada diri anda yang elok-elok, yang positif tentang diri anda. Ingat tak yang dulu saya pernah share pasal declaration ni?

    Penting tau internal dialog ni. Seolah-olah seperti proses meng install program ke dalam diri anda.
     
    Sebab itulah jangan sabotaj diri dengan sentiasa cakap aku tak pandai buat..aku tak macam si polan, dia boleh la...aku tak pandai bercakap, aku tak pandai menulis..

    Itu semua kita tak boleh install dalam diri kita. Terutamanya jangan bercakap atau ingatkan diri tentang perkara yang kita tak suka pada diri kita sendiri. Contoh, aku ni gemuk la. Jangan!..

    Kerana lama-lama kita akan percaya dengan apa yang selalu kita cakap. Dan kita jadi tak konfiden. Kerana perbuatan kita sebenarnya dipengaruhi oleh sistem kepercayaan kita tentang diri kita.
     
    Kalau percaya boleh berjaya, insyaallah pasti boleh berjaya!..

Ok jutawan. Untuk berjaya, anda perlu ada keyakinan diri okay. Selamat membina keyakinan diri semua 

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

1 comments:

  1. betul sangat kan,tapi nak bina keyakinan diri tu agak memakan masa.

    ReplyDelete