Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, February 8, 2015

A QUIET MOMENT

Setiap orang yang berjaya, saya dapati pasti dia akan mencari masa untuk bersendirian. Saya tak pasti bagaimana cara mereka bersendirian. Tapi yang pastinya pasti mereka akan sentiasa mencari a quiet moment.
Pada masa tersebut, mereka akan bersendirian dengan Maha Pencipta. Walaupun berjam lamanya...tapi pasti tidak akan terasa masa berlalu...
Kerana, mereka yang sering melakukan pasti terasa nikmatnya. Terasa kita dapat lepas segalanya, terasa the power of surrender kita hanya pada Dia....
Apa yang sering mereka lakukan? Sudah pasti mereka mengadu segala yang terjadi pada Allah Maha Pencita. Kerana mereka tahu, tiada tempat lain yang lebih baik untuk mengadu dan untuk berserah...
Masa ini juga, mereka buat detox. Mohon pada Allah semoga dibuang segala negativiti dalam minda. Pasti ada negativiti yang masuk. Itu kita perlu sedar. Setiap hari, pasti ada negativiti tang mengalir masuk. Tapi masa bersendirian inilah kita buat detox. Banyakkan membaca Ya Fattah untuk bersihkan kembali jiwa dan minda kita.
Kemudian, set diri kita untuk memberi dan menerima. Ready untuk keluar memberi sesuatu (energy). Dan juga set diri untuk menjadi PENERIMA.
Set minda kita, untuk ready to recieve. Percaya kita akan dapat sesuatu. Dan kita layak untuk dapat. Kerana Allah tidak memilih paras rupa untuk memberi. Allah hanya memilih siapa yang meminta dan ready to receive.
Dan bila kita dah dapat membayangkan kita akan menerima nikmat Allah, rasakan kesyukuran itu. Yakin dengan nikmat yang akan kita terima.
Disinilah letaknya berbaik sangka dengan Allah. Sentiasa tahu bahawa Allah akan memberi. Sentiasa yakin Allah pasti mendengar permintaan kita. Permintaan kita dan permintaan orang lain itu tiada bezanya. Allah mendengar semuanya.
Carilah masa bersendirian. Kerana nikmatnya tidak dapat dibayangkan. Nikmatnya terlalu indah untuk dikenang...
Salam sayang saudaraku... Semoga malam ini adalah malam yang indah dan membahagiakan untuk anda semua. Semoga kita semua dapat mencari ruang untuk bersamaNya... Aminnn..
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...smile emoticon
 

0 comments:

Post a Comment