Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 11, 2015

LET IT GO!...

LET IT GO!...
Ramai yang katanya masih belum dapat atau capai matlamat mereka. Ada yang frust kerana progres bisnes mereka agak perlahan walaupun berbagai tindakan dah dibuat.
Sebenarnya bagi saya satu saja. Semua ni berlaku kerana ramai yang tak pandai nak lepaskan!..
Let it go!!...Let it go!...
(teringat-ingat pulak anak-anak nyanyi lagu Frozen ni).

Nak let go apa ye?
Macam ni. Semua orang ada matlamat. Semua tulis impian. Tapi pointnya ialah, ramai yang terlalu obsessed. Ramai yang keterlaluan dalam mengharapkan matlamat tersebut tercapai.
Dan ini dah pasti menimbulkan kerisauan kalau anda tak lepaskan. Bila kita terlalu risau matlamat kita belum tercapai, minda atau subconscius mind kita akan hantar mesej mengatakan u tak konfiden yang impian u akan tercapai!..
Ini juga bermaksud, seolah-olah kita tak yakin dengan kekuasaan Allah. Janji Allah itu Benar. Tak perlu tertunggu-tunggu atau mendesak. Sepatutnya percaya dan Yakin sahaja Allah Maha Memberi.
Then.....Let it go!!...
Sepatutnya bila kita set matlamat, kita fokuslah kepada bagaimana nak capai matlamat. Bukan fokus dan terlalu beri perhatian kepada kerisauan 'kenapa tak dapat lagi?'.
Sama jugak kesnya dengan bila kita solat dhuha contohnya. Ada yang mempersoalkan, kenapa dia tak dapat apa-apa lagi walaupun dia selalu solat dhuha.
Sedangkan katanya ramai yang selalu menceritakan keindahan solat dhuha. Tapi dia belum rasa apa-apa lagi.
MasyaAllah!!.. Orang tu semua merasa nikmat kerana mereka buat kerana Allah. Betul Allah dah janji rezeki pada yang solat dhuha. Tapi mereka ni cuma buat dan buat. Unconditionally. Tanpa persoalan.
Solat dhuha mereka dah jadi "seperti" satu kewajipan. Hari-hari dia buat tanpa menunggu balasan. Walaupun sebenarnya dia memang yakin dia akan dapat balasan. Tapi dia tak kisah bila. Dia tahu one day dia pasti dapat.
Dia tak risau langsung kenapa bertahun-tahun buat dhuha tapi tak dapat apa-apa. Dia tak sanggup dan tak sampai hati nak persoalkan pada Allah SWT. Kerana dia tahu, Allah saja Yang Mengetahui dan Merancang.
Dia hanya berserah, surrender dan LET IT GO!!...
Itulah mindset mereka yang perlu kita tiru untuk berjaya. Okay ke jutawan? Saya doakan segala impian anda semua dimakbulkan Allah..Aminnnn.
Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah.. 

0 comments:

Post a Comment