Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, February 22, 2015

YES OR NO

[ PERLU ATAU TIDAK UNTUK TERIMA TAWARAN INVESTOR? ]
Jawapan:
Selalunya investor akan datang pada tahap awal bisnes. Pada tahap kita perlukan modal untuk mengembangkan bisnes. Mereka nampak potensi bisnes kita. Maka mereka berminat untuk menjadi bisnes partner.
Bagi saya, tak ada masalah jika hendak cepat. Dan jika buat masa sekarang bisnes lambat berkembang disebabkan modal.
Tetapi,
1. Perlu ada black and white agreement. 
2. Buat secara professional.
3. Clear segala isu dari A to Z dari awal lagi. 
4.Terutamanya, tetapkan siapa yang buat marketing dan siapa yang bahagian production.Sebab selalunya yang terjadi, perjanjian akan diikut pada tahap awal sahaja. Selepas beberapa lama, perjanjian tinggal perjanjian. 
5. Sebagai business owner, kita perlu firm dengan keputusan. Dan perlu cepat 'cut' kalau ada sesuatu yang melanggar perjanjian. Be firm.
6. Tetapi keadaan ini agak rumit jika melibatkan keluarga atau kawan rapat. Jika boleh, elak daripada berurusan dengan mereka (keluarga/kawan) yang diketahui mempunyai peribadi yang kita kurang selesa.

Contoh, kami mempunyai partner di Kota Kinabalu. Dan Pn Muniroh partner kami ini merupakan kawan yang dikenali sejak Universiti. Dari dulu lagi kami dah nampak kredibiliti beliau. Kalau macam kes ni, on sajalah.

Walau bagaimanapun, kalau di Semenanjung Malaysia, kami tidak ada investor. Walaupun pada awal bisnes dulu ada yang berminat. Dan sanggup membayar RM50K untuk masuk dalam senarai.
Tetapi kami tidak ada apa-apa list. Dan kami lebih berminat untuk naik dengan duit sendiri dan tidak melibatkan orang ketiga. Walaupun kami sedar, kami naik dengan perlahan sekali (tahun ini tahun ke 9).
Ok ya untuk yang bertanya. Semoga bermanfaat hendaknya..
 Salam sayang..... 

0 comments:

Post a Comment