Semalam dealer kami bercerita pengalaman pahit masing-masing. Semua ini timbul kerana ada di kalangan dealer yang menganggap dealer lain terror sangat dan energy tak down. Sedangkan semuanya sama saja. Mereka pernah mengalami kek yang tak dapat di jual..
Ikuti kisah mereka ok...
Dealer Negeri 9:
2 minggu lepas p buat carboot sale kt port dickson...Time tu tipon buat hal...Sale paling best....hahaha 3 pcs.
Dealer Damansara:
Malam sebelum final, pasang khemah kat tepi jalan dgn kak sheila dealer kak chik. Betul2 semangat nak sales esok.
Pagi esok saya sampai pukul 7, tengok khemah dah xde, mbsa angkut
Buntu nak niaga, saya cari idea, tebalkan muka tumpang gerai2 makan yg dah ambil lesen di perkarangan stadium. Try2 tanya dapat tumpang 5 gerai makan. Happy dah...
Tapi, 300 pcs stok bawa, terjual 10pcs..huwaaa
Parking jauh, jenuh angkut stok dari kereta ke gerai. Petang tu hujan, awesome box semua hancur..
Dealer Kajang:
Kita pun penah masuk event kat tasik titiwangsa pastu lebih kurang depa gak, kek x laku terjual klu x silap 8 biji jer..., bawa stok 100.. Huwaaaa
Ya adik-adik,
Inilah bisnes. Inilah true story behind the scene. Bukan semuanya cerita-cerita indah saja.
We are in the real world. Hukum kehidupan mengatakan, NO PAIN NO GAIN!..
Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....
0 comments:
Post a Comment