Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, February 24, 2015

CUKUP KE???

[ CUKUP KE MARKETING JER?..]
Ramai orang teruja mencari kelas-kelas untuk belajar marketing.Dah macam-macam kelas dia attend.Yang berbayar dan jugak yang free.Tapi lepas tu, apa hasilnya?.. Adakah semuanya berjaya?..
Macam ni lah ye, marketing ni tak susah sangat sebenarnya. Ada duit, jalan....Ada duit dah boleh buat macam-macam dah. Banner?.. Bunting?..Masuk iklan tv? Surat khabar? Majalah?...flyers?..Banyak, semalam je dalam AMP dapat senarai 173 idea pemasaran.Hanya pilih dan buat saja.As simple as that.
Strategi yang free pun banyak dan best!...Contohnya, yang paling senang ialah SENYUM!..Tapi sentap jugak, Dr.Azizan pesan, jangan owner jer yang senyuuuum memanjang.
Tapi staff?..Masam je memanjang. Oh my staff....., dengar tu ye.Uolss senyuuuum je kay..
Sebab itulah marketing yang paling murah dan paling mudah!
 

Saya pun pernah tengok ada orang yang dah buat macam-macam marketing strategi. Mula-mula memang meletop-letop!...Tapi berapa lama boleh maintain sales macam tu?...
Kenapa ye?..Kenapa tak boleh maintain ye?..Jom kita buat research. Boleh kita belajar kan, supaya kita tak buat perkara yang sama.
Tapi, kalau menurut kata Mentor semalam, kalau keadaan macam tu, mesti something wrong here ( dia tunjuk kat hati).
Ada yang buat marketing sebab nak lawan dengan jiran kata Dr.Azizan. Betul. Memang ada pun macam tu..Buat apa nak lawan-lawan dekk....Buat je untuk diri u, untuk syarikat u.
Boleh nak tengok strategi pesaing. Tapi, tak perlulah ada perasaan nak lawan.Yang bestnya, nak lawan Milo?..Tak payah dek...tak payah lawan-lawan, dulu kecik-kecik minum Milo, dah besar nak lawan dia pulak. Janganlah macam tu, jadikanlah Milo sebagai idola.Itu baru betul!.
Sebab kata Dr.Azizan, semuanya datang dari dalam. Dari dalam hati.Manusia ni ada outer world dan inner world. Apa yang berlaku di luar adalah refleksi daripada dalaman kita.
Fuhhh, best kan?..
Jadi, betulkan dalaman dulu barulah apa yang dibuat secara luaran akan lebih berjaya. Seperti kata pepatah ini, For things to change, I must change first!..
WALLAHU'ALAM...
*Repost
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....

0 comments:

Post a Comment