Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 26, 2015

RESEPI DIRAHSIAKAN

[ BAGAIMANA JIKA EMPUNYA RESEPI MINTA DIRAHSIAKAN RESEPI? ]
Salam Puan,
Haritu Puan ada cerita pasal share resipi kt orang ramai, sebab Allah jadikan koko supaya kita boleh berkongsi kan, tapi saya lupa nak bertanya haritu, macam mana pulak kalau resipi ni seseorang ni yang bagi kat kita lepas tu dia mengamanhkan supaya jangan diceritakan kepada orang lain.
Contohnya produk saya ni daripada tahun 1970an lagi, masa tu family sy susah, pastu ada orang daripada kelantan yang bagi resipi ni, dan dia cakap saya bagi amanah kat awak jangan beritahu resipi ini pada orang lain..
Mohon Puan beri pencerahan sikit..

Pandangan saya,
Bagi saya, perkara ini berbalik kepada konsep YAKIN.
Dengan siapa yang kita yakin sebenarnya? Maaf saya bukan pandai sangat. Tapi kalau saya dalam keadaan seperti ini, saya tak boleh kompromi. Saya risau, ia ada kaitan dengan pegangan kita. Betul tak ustaz dan ustazah?
Dan bagi saya juga, tidak ada konsep seperti di atas. Alhamdulillah juga saya tidak pernah diajar sesiapa termasuk ibu ayah datuk nenek moyang saya untuk rahsiakan resepi.
Hamba Allah (Kak Ton) yang menghadiahkan saya resepi kek coklat ini dan juga Bonda Meah empunya resepi tart nenas juga tidak pernah memberi apa-apa syarat kepada saya. Tak pernah mereka kata, resepi ini untuk saya sahaja.
Kalau katakan mereka beri syarat pula, ruginya...Nanti saya meninggal, siapa nak teruskan? Bukankah kalau resepi ini diteruskan, pahala besar untuk mereka juga?
Itu mentaliti orang lama sebenarnya. Tapi bukan semua macam tu. Manakala sekarang, kebanyakan daripada kita dah semakin yakin bahawa ALLAH pemberi rezeki.
Dan saya tak dapat berfikir pun sebenarnya alasan-alasan sesetengah orang kenapa resepi perlu dirahsiakan. Selalunya alasan kerana nenek suruh rahsiakan. Tetapi kenapa?
Yang saya nampak hanyalah perasaan takut bersaing, takut orang lain lebih dari kita, takut orang lain lebih kaya dari kita. Atau lebih berjaya dari kita. Bukankah itu penyakit PHD?
Atau mungkin saya salah. Mungkin ada sebab-sebab yang lebih rasional yang saya tak pernah dengar?..Kalau ada, tolong ceritakan pada saya. Saya teringin nak tahu.
Macam dah lari tajuk pulak. Hehe...
Oklah...Maaf ya, kalau saya salah tolong betulkan saya kay...
WALLAHU'ALAM...

Indahnya berkongsi resepi...indahnya berkongsi rezeki...

0 comments:

Post a Comment