Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 11, 2015

ELAK GAGAL

[ MENTALITI ELAK GAGAL ]
Siapa yang selama ini mencari kesilapan yang pernah dibuat oleh syarikat lain? Atau yang pernah dibuat orang lain? Supaya dia tak buat perkara yang sama? 
Say i!!..

Tak salah...Tapi janganlah terlalu fokus tentang kesilapan orang. Jangan terlalu fokus nak mengelak. Itu dah kira nak short cut.
Salah ke short cut? 
Bukan ke kita perlu short cut? 
Sebab bagi saya macam ni. Saya lihat, orang yang suka 'short-cut' ni, dia tak akan push diri dia untuk berjaya, tetapi lebih fokus kepada tak nak gagal.

Sebenarnya ini semua satu mentaliti. Yang dah lama menjadi pegangan kita.
Perasan tak bila anak nak UPSR, PT3 atau SPM..ibu bapa sibuk mencari soalan bocor. Kadang-kadang dia malu nak mengaku, dia panggil soalan 'spot'.
Dulu waktu sekolah, saya pun sama. Mestilah kan, tak mau fail!..
Jadi sekarang, saya dah nampak. Saya tak suka amalan cari soalan bocor untuk anak ini. Maaf sangat. Terpulanglah pada pemikiran masing-masing ya. Itu cara saya. Walaupun saya tahu sebenarnya anak saya sendiri dah pandai cari soalan bocor sendiri. Tapi dia tak berani bagi tahu saya. Dia tahu saya tak suka.
Nampak tak kenapa ada aktiviti mencari soalan bocor?
Kerana nak short-cut. Kerana nak ajar anak untuk cepat berjaya (tanpa sedar). Secara tak sedar, kita ajar anak untuk tak nak fail.
Bila besar nanti jangan sedih pulak kalau anak-anak ini malas nak bekerja, malas nak berbisnes.. Atau, paling best jangan sedih kalau mereka berhabis beribu ringgit dalam skim cepat kaya!..( Semoga anak-anak kita tak termasuk dalam golongan ini. Aamiin..)
Baik berbalik pada short-cut.
Sebenarnya bagi saya, ada perkara yang kita boleh short-cut, dan ada yang tak boleh.
Saya kuat mengatakan, 
Biar mereka rasainya...
Biar merek 'feel'... 
Biar mereka laluinya...

Sebab, kalau tak laluinya sendiri, dia tak akan faham macamana. Dia nak buat jugak perkara yang kita dah fail dulu. Biarkan.
Jangan kata tidak!..
Biarkan saja. 
Biarkan mereka cuba dan rasai..
Walaupun mereka akan sakit. Walaupun mereka akan kerugian nanti.

Kerana bila dah faham nanti, baru dia akan mula menghargai apa yang dilaluinya. Dan saya lihat, kalau tidak laluinya, dia tak akan cukup kuat.
Itulah hukum kehidupan.
Seseorang itu tak mungkin dapat menuju ke puncak jika dia tak jatuh dulu beberapa kali sepanjang pendakiannya. Tak mungkin tak tergelincir!..
Wallahu'alam..
Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah..

0 comments:

Post a Comment