Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, February 15, 2015

OTHER PEOPLES MONEY

Setuju dengan jutawan Chicken Chop ini tentang konsep use Other Peoples Money (OPM)

Usahawan yang baik adalah usahawan yang tidak membebankan orang lain untuk berjaya..
Usahawan yang baik adalah usahawan yang berusaha sedaya upaya mencari modal sendiri untuk menjalankan perniagaan. Kita usaha cari modal dan Allah akan tentukan dimana modal itu akan keluar jika kita terus menerus berusaha mencarinya tanpa putus asa dan sabar..
Modal tu hak mutlak Allah. Bila kita nak hak Allah kenala mintak. Berdoa bersungguh-sungguh siang dan malam mohon Allah adakan modal yang kita nak sangat tu. Memang kalau berdoa saja modal tak datang bergolek atau melayang tapi Jika kita terus berdoa, Allah akan hadirkan idea dan jalan bagaimana modal tu boleh didapati dan Allah akan bagi kekuatan, keberanian dan kerajinan untuk dapatkannya..
Pokok pangkalnya adalah minta atau mohon pada Allah. Konsisten dalam berdoa mesti seiring dengan usaha yang konsisten.
Ramai usahawan bilionawan dari seluruh dunia bermula MISKIN. Apa tuan fikir modal mereka datang bergolek? Kuasa Allah ni tuan puan tak terbatas. Kalau setakat DIA nak bagi segunung emas dan segunung belian sebagai modal sebelum tuan berkedip mata pun bukan satu kekangan bagiNYA. DIA boleh bagi tapi DIA nak kita berusaha dan memohon dengan bersungguh-sungguh kepadaNYA. Kita boleh minta apa saja dari NYA dan DIA boleh bagi apa saja kepada kita. Pokok pangkalnya, adakah kita mohon atau tidak. Jika mohon, bersungguh atau tidak. Jika sudah mohon, adakah bersungguh-sungguh atau tidak. Untuk berjaya, bukan sekadar berusaha bersungguh-sungguh tapi kuga berusaha untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh juga.
Jika tuan puan ikhlas, bermohon dan berdoa dengan bersungguh-sungguh serta kerap dan konsisten, InshaAllah akan hadir modal yang tuan puan nak sangat tu.. MODAL tu juga rezeki. Mohonlah semoga Allah permudahkan modal yang kita perlu tu dan juga moga mendapat modal yang berkat.
Modal yang berkat, sikitnya cukup, banyaknya boleh di agihkan. Berusahalah mencari modal sendiri kerana sangat penat dan meletihkan jika selalu nak guna konsep OPM (Other People Money). Konsep ini sesuai untuk mulakan bisnes tapi tidak sesuai dalam fasa pengembangan bisnes jika ia terpaksa membebankan saudara usahawan seislam kita. Menggunakan modal 'hak' kita dalam 'rolling' bisnes kita adalah lebih berkat, lebih lancar dan lebih cepat untuk mendapat pulangan yang berkat..

0 comments:

Post a Comment