Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, April 13, 2013

Memilih orang untuk senyum

JANGAN MEMILIH ORANG UNTUK SENYUM

Ada orang senyum hanya pada orang yang di kenali.Ada orang senyum hanya pada kawan-kawannya.Ada orang hanya boleh senyum kepada ahli keluarganya.Ada orang hanya senyum kepada pelanggannya sahaja.Ada orang hanya senyum pada bossnya sahaja.Ada orang hanya senyum dengan orang yang dikatakan setaraf dengannya sahaja.Mereka memilih orang untuk senyum.Mereka tidak senyum kepada orang yang tidak dikenali.Mereka tidak senyum kepada semua orang.Mereka tidak senyum kepada dunia..

Bagi mereka yang susah nak senyum, dan memilih orang untuk memberikan senyuman..Anda tahu tak sebenarnya hidup anda tidak allign dengan impian anda. Impian anda contohnya ingin membeli rumah banglo..sepatutnya anda nampak rumah banglo di fikiran anda..sepatutnya bila kita nampak apa yang kita impikan,kita akan dapat senyum dengan lebar kan.Ini bermaksud,orang yang tidak senyum ini tidak nampak impian-impiannya dalam fikirannya.Yang dia nampak hanyalah masalah yang sedang dia hadapi..kebocoran yang dia alami..mestilah dia tak boleh nak senyum..Tapi, ada juga orang yang walaupun ada masalah,tapi tetap boleh senyum?Hebat orang macam tu kan?..

Betul ke ada yang hanya boleh senyum pada pelanggannya sahaja? Pelik kan manusia macam ni..Kononnya percaya yang kita perlu senyum dengan pelanggan untuk menarik pelanggan,tapi..di luar kita tidak senyum.Macam tak ikhlas kan? Macam senyuman palsu kan? Manalah tahu bila kat luar tu,memang pelanggan kita tapi kita tak pernah jumpa atau mereka itu semua bakal menjadi pelanggan kita?Takkan kot bila kita dah tahu dia pelanggan kita barulah kita nak senyum..Macam tak best je kalau kita senyum hanya kerana orang itu membeli barang kita atau menjadi klien kita?Yang tak beli tak payah senyum?

Kalau terus memilih orang untuk senyum, tengok sajalah bagaimana bisnes mereka nanti..Semakin digemari atau customer semakin lari?Untuk orang yang tak senyum ni, lebih teruk lagi bagi yang berbisnes tapi berat sungguh nak senyum,anda tahu tak pelanggan takut dengan anda..bagi pelanggan,anda sombong..anda tak mesra..pasti kita menggeleng kepala kalau tengok orang yang masam macam ni kerana kita tahu, dia tengah mengalami masalah kebocoran wang yang teruk sangat..Nakkah orang nampak kita sebagai orang yang tengah mengalami kebocoran wang?Yang paling tak bestnya bila kita berhadapan dengan orang tak senyum macam ni, dalam hati berkata,macam mana lah orang macam ni pun boleh buat bisnes ye? Kita yang reti senyum ni kalau buat bisnes mestilah lebih hebat kan?..

Senyumlah...Kerana inilah RAHSIA terhebat untuk bisnes dan kehidupan kita sebenarnya..Tak perlu nak susah-susah buat R&D,buat marketing dan sebagainya, tapi kalau dengan SENYUM saja,hidup dan bisnes anda akan berubah!..

Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum, 
Dunia tiada penyakit...

(Kalau engkau tak senyum,
Lama-lama nanti engkau yang dapat penyakit..hehe...)


0 comments:

Post a Comment