Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, April 18, 2013

BILA TENGOK ORANG NAIK MOTOR...

BILA TENGOK ORANG NAIK MOTOR..

Bila tadi terserempak dengan seorang ayah yang hantar anaknya ke sekolah, teringat zaman sekolah dulu-dulu..Teringat kat Abah yang hantar keempat-empat anaknya ni ke sekolah dengan motor..(sekarang dah jadi 8 orang anak..hehe..)

Teringat betapa kuatnya pelukan bila duduk di belakang Abah..takut jatuh dan selalu ditegur Abah kerana cepat tersengguk-sengguk dan tertidur di atas motor.Teringat juga bila nak ke asrama, Abah ikut jalan kampung, kami terpaksa mengelak dari serangga-serangga yang berterbangan, sering abah tak dapat mengelak, plupp pluppp..terkena di pipi atau di muka abah...Saya tak kena sebab selalu menyorok di belakang Abah..Bila ditanya, sakit juga kata Abah...Kesiannnn Abah...

Jadi...bila melihat pakcik-pakcik atau abang-abang yang naik motor terutamanya motor kapcai atau EX5 ini, saya selalu mendoakan mereka..Semoga mereka ini dilorongkan oleh Allah untuk membuat sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka, supaya mereka nampak banyak peluang sebenarnya untuk berjaya dan mereka nampak jalan untuk menambah rezeki mereka..

Saya doakan supaya mereka dapat ubah minda mereka kerana bagi yang dah faham dan tahu bagaimana caranya, adalah mudah sebenarnya untuk keluar dari kemiskinan!!...Sedih melihat masih ramai lagi yang naik motor..sedangkan kalau mereka tahu bukan susah sangat nak jadi kaya kalau kita ada ILMU!.. Carilah ILMU, carilah ILMU, carilah ILMU...Jangan berserah pada takdir....kerana kata mentor kami, tiada siapa pun pernah tengok 'BUKU TAKDIR' dia..Bagaimana kita boleh kata semuanya adalah takdir? Percayalah, Allah akan memberi kepada yang meminta dan YAKIN pada kekuasaanNya...

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA....


0 comments:

Post a Comment