Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, April 7, 2013

AURA PECAH!!...

AURA PECAH!!...

Dah lama, dah bertahun-tahun saya dengar mentor saya cakap, orang yang senyum dan happy dalam kelasnya akan lebih mudah meresap ilmu daripada orang yang mukanya masam, kelat, ketat...sebab orang yang mukanya kelat ketat masam semua ni, dia biasanya ada baaaaanyaaak masalah, dan dia bawak segala masalah dalam kepala hotak dia bersama-sama ke dalam kelas..Dan, selalunya..orang macam ni seolah-olah mempunyai dinding di hadapannya yang  memblock dirinya..Dia mungkin dipaksa masuk ke kelas..dia mungkin di ajak atau di pujuk isteri untuk masuk ke kelas..sedangkan dia TAK RELA sebenarnya...Hanya nak ambik hati isteri saja tu..Tapi dalam hati dia, menyumpah-nyumpah tak suka ditarik-tarik ke kelas-kelas macam tu...Aku dah pandai, aku dah hebat, tak payah belajar dengan mamat yang entah dari mana asal usulnya ni..aku tak pernah dengar pun pasal mamat ni...Kesiaaaaannnn kannn?..

Walaupun dah lama disebut-sebut disuruh-suruh senyum dan enjoy dalam kelas..supaya ilmu lebih senang absorbed, tapi saya dulu pun sama jugak tak berapa faham...ingatkan saja je mentor ni nak bagi diorang senyum, nak bagi diorang lebih excited dan respond..barulah mentor pun akan absorb energy daripada participants yang averagenya dan selalunya berjumlah 2000 orang ke atas.Tapiiii...minggu lepas saya belajar sesuatu..Setiap kali kelas mentor kami ni..kami akan membawa kenalan-kenalan dan dealer-dealer ke kelas-kelas Dr.Azizan dengan niat untuk membuka minda mereka dan supaya mereka belajar sesuatu..Kali ni, saya bawak K.Sara Patin Tempoyak Meletops,yang sebenarnya dia sendiri tak tahu pun tentang kehebatan mentor kami ni..Dia pernah dengar nama mentor, tapi dia tak sangka sehebat itu..

Dan sepanjang masa dalam kelas ini...dia sangat enjoy...kalau terkena atau ..tersentap dengan kata-kata sinis Dr.Azizan, dia gelak..gelak..gelak...gelakkan dirinya sendiri..hehe..Dia sangat positif dan bertenaga, jadi saya tengok dia senang absorb dan faham apa yang disampaikan oleh Dr.Azizan.Serius...saya tengok dia lebih faham dari orang-orang lain yang dah lama masuk ke kelas.Baru saya faham betul-betul KUASA SENYUM & HAPPY MINDED!!! 

Lepas kelas, kami berbincang di cafe dan kami dilayan dengan tak bestnya oleh pelayan di situ..Kak Sara kata, jangan marah-marah dikk...AURA PECAH nanti..Bagi saya, orang yang baru 1st time boleh cakap macam tu adalah orang yang betul-betul faham apa yang dia belajar tadi..sedangkan saya sendiri pun tak berapa master bab-bab aura ni...Jadi, disebabkan Kak Sara, sampai sekarang saya tak suka marah-marah dan tengok orang yang marah-marah sebab takut AURA PECAH!..Memang mentor selalu sebut, tapi kalau kita tak guna kat luar, kadang-kadang kita boleh terlupa. Jadi lepas kejadian tersebut, saya sentiasa teringat pesanan Kak Sara, jangan marah-marah..nanti AURA PECAH!!..

Dan..yang saya katakan dia cepat absorb ilmu tu ialah..balik saja dari kelas, malam itu juga dia dah bertindak!Dia belajar tentang FAST ACTION FAST RESULT dan SPEED!!..Saya sangat kagum,katanya dia tak tahu buat Facebook Page, dia suruh saya ajar..tapi belum ajar betul-betul lagi,malam tu dah create Pagenya sendiri..dia suruh saya tengokkan..saya tak sempat..esoknya, dah penuh dengan testimonial bagai dalam pagenya..siap video testimonial pun ada..kagum betul saya tengok!..Semalam, saya jumpa dengan Kak Sara, dia sangat excited bercerita..tiba-tiba ramainya peminat ikan paten tempoyak datang ke cafenya, sampaikan dia teringin nak bukak restoran!..Dan..yang lebih hebatnya, dia kata semenjak balik dari kelas, dia dah dapat collect beberapa page database customernya..Saya rasa insan yang TERPILIH saja yang boleh bertindak sampai ke tahap macam ni, betul tak?..

Sebenarnya, cerita panjang-panjang ni bukan nak promote Kak Sara ke..apa ke..betul, tak ada niat pun..tapi nak bagi faham sangat-sangat tentang betapa perlunya kita pergi belajar dalam keadaan POSITIF (positif tentang guru), SENYUM & GEMBIRA..Jadi, teringat jugak pada anak-anak kita yang ke sekolah..Sepatutnya mereka pun sama jugak..dari awal pagi, happykan diorang..cakap pekara-perkara yang menyeronokkan, topik yang diorang suka..biar sebelum sampai sekolah tu, buat sampai diorang gelak-gelak..tak payah takut-takutkan pasal cikgu ke, homework ke..Kalau terlupa buat homework, saya senang je...ajar diorang mintak tolong pada Allah, balik rumah diorang cerita, cikgu terlupa kot nak suruh hantar homework tu..

Yang bestnya, just to share, lepas kes Kak Sara tu..saya betul-betul nakkan anak-anak saya happy dalam perjalanan ke sekolah..tiba-tiba di radio lagu Jimmy Palikat, tajuk ANAK KAMPUNG ..melodinya sangat indah, sangat sedap dan catchy kan?..Tapi kami anak beranak tak tahan nak tergelak-gelak dengan liriknya yang sangat KESIAAANNNN....Sori wahai penulis lirik..mungkin ada sebabnya dia tulis macam tu, dia nak menarik perhatian kita agaknya..Tapi saya katakan pada Adam Haqimy dan Arissa Sophia, kesian betul la ANAK KAMPUNG ni....TOLONGGG lahh jangan la jadi macam dia..Sangat give up, sanggup lepaskan orang yang dia cintai dan cantik pulak tu sebab dia miskin..Saya kata pada mereka, kenapa tak buat bisnes ke..cari la jalan supaya tak miskin..Nanti besar, jangan suka pada lelaki macam ni kay adik..Abang pun jangan pulak jadi macam orang ni kay..Kesiaaaann..kesiaaannnn.. Sori sekali lagi penulis lirik, harap saya tak disaman..tapi saya salute kamu kerana lirik memang catchy, cuma maksudnya sangat tak memberi semangat kepada anak-anak kita..lebih kepada suruh mengaku kalah sebelum bertanding!..hehe...HAVE FUN!!

ANAK KAMPUNG (Jimmy Palikat)

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik..
Memang tidak padan & tidak sepadan...

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja
Memang tidak padan
Cantik ba kau itu
Banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada 
Adapun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut
Hidup kau kan sengsara..
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain..

Engkau masih muda 
Cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya

Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal 
Tiada guna



0 comments:

Post a Comment