Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, April 5, 2013

CUCI KOLAM

SEDEKAH DAN CUCI KOLAM

Kami diajar untuk banyak bersedekah supaya dengan cara bersedekah ini dapat mencuci kolam kita..Apa dia cuci kolam tu? Cuci kolam tu maksudnya..jika kita ada duit tak kira banyak atau sedikit dalam simpanan kita, tapi kalau kita tak keluarkan sedikit untuk bersedekah..kolam kita akan berkeladak.Ye lah, kalau air masuk..masuk, masuk je ke dalam kolam..tapi tak ada saliran yang bagus untuk keluarkan air yang lama dan masukkan air yang baru..warna air pasti menjadi keruh kan? Penuh berkeladak kolam kita..sistem circulation air tu tak betul..Sama lah jugak dengan wang di dalam poket atau wallet kita..atau dalam bank kita..

Ada orang suka kumpul duit. Kumpul ataupun simpan, lebih kurang sama je maksudnya kan..Simpan..simpan..simpan..kumpul..kumpul kumpul...Seronok tengok duit makin bertambah-tambah dalam akaun..Setiap bulan diharamkan untuk ganggu duit tu semua..Dekat mak ayah pun tak bagi, sebab nak kumpul dulu duit banyak-banyak..nanti dah banyak baru nak bagi...Itu pun kalau sempat mak ayah merasa..

Pernah tak tengok orang macam ni? Akhirnya apa terjadi pada duit-duitnya?Selalunya, tak kemana pun duit-duit tu..Tiba-tiba ada emergency!..Kereta accident..atau enjin rosak kena ganti enjin baru..Rumah di serang anai-anai yang teruk,kena buat major service..kalau tak habis kitchen cabinet yang kita buat mahal-mahal tu dimakan anai-anai..Apa lagi? Kena lah keluarkan duit yang berjuta-juta sangat lah tu dalam akaun, dan akhirnya macam tu lah...sampai bila-bila pun duit-duit tu semua macam tak boleh nak lekat..ada je emergency..Lagi teruk kalau simpanan tu dinamakan simpanan kecemasan..Memang banyaklah akan terjadi kecemasan..hehe..Macam mana saya tau? Sebab orang yang disebut kat atas tu saya lah..hehe...

Tapi bila dah belajar tentang cuci kolam ni..memang MasyaAllah tak ternilai ilmu ni sebenarnya..Rupanya, bila ambik sedikit portion duit kita tu untuk bersedekah, ada RM100 dalam purse, kita sedekah 10 ringgit..kalau ada 10 ringgit dalam wallet, sedekah 5 ringgit atau seringgit..Kalau kita terbiasa nak cuci kolam atau cuci beg duit kita..nak atau tak nak..perasan tak duit tu sentiasa ada je...tak pernah terasa kekeringan duit..lama-kelamaan mentaliti kita akan bertukar..mentaliti kita orang miskin akan bertukar menjadi kita orang kaya, ye lah walaupun ada 20 ringgit je dalam wallet, tapi dapat jugak bersedekah 5 ringgit bagi peminta sedekah makan..Kan kita lebih kaya dari peminta sedekah tu..Kalau selalu buat macam tu,hati kita akan menjadi semakin bersih,hati kita akan menjadi semakin tenang..

Ada jugak yang bertanya, kalau dalam wallet ada 10 ringgit saja..tiba-tiba ada kawan yang nak pinjam cukup-cukup 10 ringgit..Jadi berapa banyak kita nak bagi? Sebenarnya terpulang pada anda..Lagi banyak lagi bagus rasanya..Kat situ pun kita boleh test tahap keyakinan kita pada Allah sebenarnya..kalau kita benar-benar yakin Allah akan membantu kita, kita bagi je kesemua duit yang ada dalam wallet kita..dan selebihnya kita berserah saja pada Allah..Angkat tangan berdoa pada Allah, supaya Allah membantu kita kerana kita dah ketiadaan wang contohnya kawan kita sangat memerlukan duit 10 ringgit tu..dan cuma itu saja yang kita ada..Tengoklah pasti ada miracle yang akan berlaku..Magic dari Allah SWT..

Adik saya pernah menceritakan yang duit dalam wallet dia tinggal beberapa ratus saja, memang dalam simpanan tak ada lah kot..hehe..tapi masa tu mak saya nak guna duit, dia pikir pikir..nak bagi berapa daripada apa yang dia ada? Kalau aku bagi semua..aku dah tak ada apa-apa dah..Oh ya, masa tu dia nak isi minyak kereta..dia pun decide dia guna duit untuk isi minyak je, selebihnya dia bagi pada mak..dia pun tak tau ada berapa..dia bagi kesemuanya..Katanya, memang betul-betul magic ke miracle ke..tak tau lah..tiba-tiba kawannya sms, dia dah masukkan duit payment kek..Dia kata Alhamdulillahhhh...terasa sangat bersyukurrr..Bukankah itu bukti-bukti kebesaran Allah? Bukti bahawa Allah Maha Berkuasa?..





0 comments:

Post a Comment