Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, April 8, 2013

TESTIMONIAL BERANI BERNIAGA 2013 - Roslan bin Md Desa

TESTIMONIAL DR AZIZAN OSMAN BERANI BERNIAGA 2013

Nama saya Roslan bin Md Desa,berasal daripada Sri Manjung,Perak.Pemilik syarikat Ina Seri Impian Enterprise.Kepakaran kami ialah dalam membantu ramai orang di luar sana mengurangkan kadar uric asid, kolestrol dan angin berlebihan dalam badan,agar hidup sihat berpanjangan menggunakan teknik rawatan Bekam kiSunnah.

Saya berniaga sejak tahun 2007,tetapi malangnya perniagaan saya seperti "Hidup Segan,Mati Tak Mahu".Kebanyakan penduduk di Seri Manjung belum tahu atau tidak tahu langsung akan kewujudan perkhidmatan kami,walaupun saya percaya perkhidmatan kami adalah antara yang terbaik di Ipoh.

Pelanggan kami ketika itu sangat sedikit dan ada hari-hari tertentu tiada langsung jualan atau pelanggan yang masuk ke kedai kami.Rata-rata pendapatan kami hanya dalam anggaran RM200-RM300 sehari sahaja.Bermacam yang saya fikirkan dan ikhtiar untuk meningkatkan jualan.Namun semuanya tidak mendatangkan hasil,macam ada yang tidak kena.

Pada tahun 2011,diatas desakan kewangan dan keinginan yang tinggi untuk memperbaiki perniagaan saya,saya mengambil langkah tekad untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman, anjuran Richworks. Percaya atau tidak,setelah belajar dari ilmu berniaga dan pemasaran dari Dr Azizan yang bukan hanya pakar di dalam transformasi minda tetapi transformasi perniagaan secara praktikal,jualan perniagaan  saya meningkat lebih 3 kali ganda dalam masa 3 bulan.

Semakin ramai pelanggan di kawasan Seri Manjung sudah mula tahu dan datang ke kedai kami untuk menerima rawatan.Kami juga menerima pelanggan  yang datang bukan hanya daripada kawasan persekitaran,malahan ada yang datang sejauh Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Sarawak.Jika sebelum ini yang datang untuk membuat rawatan cuma pelanggan daripada golongan orang kebanyakan, k/ada pelanggan terdiri dari mereka yang bergelar Datuk/Datin,golongan professional  seperti Doktor dan Pensyarah.

Kami terpaksa membuka satu lagi cawangan di kawasan  yang sama untuk menampung jumlah pelanggan yang kian meningkat.Hari ini,pendapatan syarikat kam juga telah meningkat lebih 1000% kepada RM 2000-RM3000 sehari.Kami mensasarkan pada pertengahan tahun 2013 ini, pendapatan harian syarikat kami akan meningkat sehingga RM5000 sehari dan di dalam perancangan untuk membuka  lagi satu cawangan di Kuala Lumpur.

Kenapa sebelum ini saya gagal?Pada pendapat saya,faktor utama kegagalan berkali-kali saya dan mungkin ramai usahawan lain di Malaysia adalah kerana mereka tidak mahu belajar dari mereka yang telah berjaya.Tidak ada mentor,ilmu,sistem,tindakan yang luar biasa serta impian yang besar.Mungkin juga mereka  tidak istiqomah melakukan sesuatu perkara dengan luar biasa seperti yang selalu dikongsi oleh Dr.Azizan Osman.

Bagi anda yang tercari-cari cara bagaimana untuk memulakan perniagaan atau ingin meningkatkan

0 comments:

Post a Comment