Kesian bila kami perhatikan, ramai yang tak
berani atau takut berimpian. Tapi itu lah kan, dulu saya pun sama jugak
sebenarnya. Sekarang saya anggap perkara macam tu sangat mudah. Berangan je
lah..itu pun susah?...
Tapi...manusia memang macam tu kot. Dulu, saya
ingat lagi, bila bekerja...saya tak nampak peluang lain. Saya ter'stuck' dengan
kerja dan gaji. Nak dapat kehidupan yang lebih baik tu memang tak nampak langsung. Sering
tertanya, macamana..Macamana?
Kadang - kadang mungkin sebab apa yang kita pernah
cita - cita kan tak dapat. Boleh kata hampir semua daripada kita masa darjah 1
dulu Cikgu tanya bila besar nak jadi apa?..No 1 nak jadi Doktor.. pastu kalau
lelaki pulak nak jadi polis ataupun askar. Betul kan?..Tapi...boleh kata semua
tak dapat pun....
Kenapa?..
Saya rasa sebabnya ialah kita tak yakin nak
dapat!.. Kenapa tak yakin?..Sebab kita tengok orang sekeliling kita semua tak
dapat pun..Makin lama, makin tak yakin yang kita cita - citakan itu akan dapat.
Semuanya pada pendapat saya adalah kerana kita tak
diajar untuk 'create' keyakinan pada Allah...
Wah!!... Boleh 'create' ke yakin pada Allah ni?
Mesti boleh!...
Macamana?...
Start dengan BERSYUKUR. Setiap apa yang Allah bagi
pada kita, tubuh badan kita..kaki, tangan, mata, hidung,telinga, otak,
rambut,organ dalaman...pastu udara, air, cahaya...Bersyukur dengan semua
anugerah Allah tu..
Rumah kita, kereta kita, sekecik mana pun itu adalah
pemberian Allah.Ibu ayah, suami, isteri, anak-anak...itu juga hadiah dari
Allah..Bisnes kita, kerja kita..itu juga suatu nikmat yang Allah beri.
Ada yang terlupa nak bersyukur pasal tu kan?..Sebab
itulah tak yakin pada Allah. Sebab bila kita terlupa bahawa sebenarnya hanya
dengan bersyukur sahaja, dengan berterima kasih saja pada Allah.. Allah akan
tambah lagi nikmatnya!
Bila Allah beri pulak..walaupun kecil, tapi kita
nampak dan bersyukur..sebab itulah Allah nak beri lagi, nak beri lagi. Betul
ke?..Kalau saya salah tolong betulkan saya ye ustaz, ustazah...
Bila dah nampak setiap pemberian Allah, barulah
timbul keyakinan yang tinggi!...Masa tu, apa yang diimpikan terus boleh nampak
memang akan dapat.Cuma waktunya saja kita tak tahu.Tapi tak kisah bila...sebab
kita tahu, harinya akan tiba jua..kerana Allah Maha Pemberi Rezeki!!...
WALLAHU'ALAM....
♡Jom beristighfar 100 kali dan berselawat 1000
kali sehari... :)♡
0 comments:
Post a Comment