Terbaik!!...
--------------------------------------------------
- Oleh : Fazli Little Tree
- Oleh : Fazli Little Tree
Salam. Sebelum tuan puan baca posting saya pagi
ni, pohon baca posting saya semalam untuk mendapat "flow" tentang apa
yang telah dan akan saya bicarakan.
Terima kasih kepada semua yang like dan respon
terhadap posting saya semalam. Sekurang2nya membuka
minda kita bersama secara ilmiah.
Jawapan kepada persoalan semalam amat mudah. Rata2
jawapan yang tuan puan berikan berkisar soal ruang lingkup brand, tidak salah,
jawapan yang baik cuma mungkin tidak tepat.
Jadi apakah jawapan yang saya maksudkan, mengapa
perihal jenama sangat penting bagi usahawan Melayu ?
Jawapan yang tepat ialah kerana usahawan Melayu
kurang dari segi "distribution network", "rangkaian
pengedaran" atau "business networking". Mengapa ini penting ?
Cuba perhatikan di pasaran, kadangkala jenama entah apa2, packaging pun tak
secantik mana tapi mengapa produk tersebut merata di pasaran ? Kerana mereka
menguasai sistem pengedaran.
Kalaupun produk kita berjenama besar tapi tak
banyak tersebar di pasaran, bagaimana pelanggan nak beli ? LITTLE TREES walau
hebat mana jenama tapi kalau kita ke Giant atau Tesco tak ada barang ini, apa
pilihan pengguna ? Mereka akan beli apa yang nampak di depan mata.
Ace Hardware, kalau kita nak masuk apa2 barang,
mereka mau kita masuk melalui pengedar atau supplier besar lain yang ada lebih
100 sku kadangkala. Jadi kalau brand kita tak cukup kuat, mana bisa kita masuk
pasaran mereka secara sendiri.
Kalau jenama kuat, kita bawa barang kita, mereka
terfikir mau tidak mau, jenama yang kukuh ini, mereka kena "carry",
maka di kala itu, tidak timbul kita usahawan Melayu atau tidak. Saya selalu
beri misalan, bolehkah anda buka satu mini market baru tanpa menjual MILO ?
Saya lihat di Mustafa Centre, Singapore. Banyak
juga barangan usahawan yang labelnya tak menarik, jenama tak dititik beratkan
tapi terjual di sana. Saya lihat kerepek nangka, berbalang2 diambil oleh
seseorang pelanggan. Tengok balang pun tak lalu. Saya kira ramai lagi usahawan
kita yang punyai label yang lebih baik, tapi tuan puan tak ada peluang berniaga
di situ. Mengapa ? Tuan puan tak ada network. Jaringan network mereka cukup
kuat hingga sesuatu syarikat pengedar itu boleh bawa masuk apa saja yang mereka
rasa boleh jual dan mereka menguasai gondola di sana.
Begitulah pentingnya menguasai distribution
network. Saya sendiri pernah cuba ingin membawa barangan lain dari LITTLE TREES
di kedai2 stesyen minyak selain. Apa kata mereka ? "Boss punya pasal,
bawak apapun saya jual". Saya nampaknya sudah ada jalan membina
distribution network. Ini kisahnya yang kita mesti buka minda.
Contoh lain, saya juga dihubungi beberapa syarikat
besar antarabangsa menawarkan saya mengedar barangan mereka termasuk Yahudi
yang saya ceritakan dalam posting beberapa bulan lalu. Kenapa ? Mereka percaya
pada jenama saya bawa. Saya pengedar LITTLE TREES maka anggapan mereka, saya
ada network.
Baiklah, mengapa jenama penting bagi usahawan
Melayu? Ia disebabkan kita tidak menguasai jaringan pemasaran atau outlets
tadi. Oleh itu, kita mesti bawa sesuatu yang benar2 baik dari segi jenama,
packaging dan presentation supaya kita ada sesuatu faktor yang LEBIH untuk
bersaing dengan apa yang ada di pasaran.
Kalau produk kita "tidak bermaya" dari
segi jenama, amat sukar kita nak bersaing di pasaran kerana usahawan kita tidak
"kuat" dari segi jaringan pengedaran seterusnya untuk menguasai lebih
banyak rangkaian outlets yang akan menguasai pasaran.
Rata2 usahawan Melayu menitik beratkan produk tapi
tak ramai usahawan Melayu menguasai syarikat pengedar yang kukuh.
Oleh itu, soal jenama penting bagi usahawan Melayu
kerana kita tidak kukuh dari segi distribution network, dengan jenama yang baik
sekurang2nya kita ada faktor yang akan "memaksa" sistem pengedar
menjual barang kita.
0 comments:
Post a Comment