Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, September 12, 2014

KERAMAT HIDUP

Ramai yang masih belum faham lagi tentang The Power of Keramat Hidup...

Bagi isteri, suamilah KERAMAT HIDUPNYA...dan bagi suami, IBUnya lah pula KERAMAT HIDUPNYA..

Berjaya macamana pun kita..kaya macamana pun kita..baik suami mahupun isteri, tapi kalau kita tak jaga KERAMAT HIDUP kita ni..kita bercakap kasar, kita memandang rendah, kita mengaibkan mereka...sia-sia saja, hidup tak... akan tenang..tak akan lapang, dan TAK AKAN KAYA buat selama-lamanya...

Lupakah kita, apa yang kita fikir, apa yang kita kata..semua itu adalah DOA?.Nampak tak apa yang anda selalu terfikir pasal suami anda..anda selalu ter'kata' pada suami anda..dah terjadi sekarang, kann?...Itu semua terjadi disebabkan DOA anda sendiri!..Perasan tak?..

Bagi isteri ataupun suami yang terasa walaupun dah berusaha dari dulu sampai sekarang, dah cuba buat yang terbaik dalam bisnes atau kerjaya tapi tak merasa nikmatnya...tak nampak hasilnya..Lihatlah balik diri kita..bagaimana kita melayan dua orang KERAMAT HIDUP ini...iaitu..

IBU....dan...SUAMI.. 

Walau apapun alasan kita..Mungkin alasan kita suami atau ibu kita tak baik,tak bertanggungjawab dan banyak alasan lain lagi..

Percayalah, semuanya datang dari diri kita dulu..For things to change, we must change first!..Walau jahat macamanapun..kita perlu berlembut dan hormat..Jika hilang rasa HORMAT kepada kedua KERAMAT HIDUP ini..sah-sah hidup kita tak akan kemana!..

WALLAHU'ALAM. ..

~Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..~

0 comments:

Post a Comment