NAK TAHU MACAM MANA HIDUP KAMI MULA BERUBAH..?
Semua orang ada kisah masing-masing kan dalam menempuhi alam perkahwinan? Kami juga begitu. Alhamdulillah, memandangkan perkongsian saya berkenaan keyakinan sebelum menempuhi alam perkahwin...an mendapat sambutan yang luar biasa, maka saya diminta oleh suami untuk meneruskan sambungan episod kisah kami yang belum diceritakan lagi..
Tidak mudah bagi kami berkahwin dalam usia yang muda apa lagi dengan tohmahan masya’karat’ yang begitu memandang rendah pada kami. Tempoh kami kenal sangat singkat dan terus mendirikan rumah tangga. Apa lagi kami berkahwin dalam tahun kedua semasa belajar. Banyak reaksi yang sungguh dahsyat kerana kami berkahwin ‘ekspress’ pada masa itu!
Sampaikan, semasa saya masuk lif untuk ke kelas, ada kata-kata yang sungguh pedih menikam-nikam hati saya yang rapuh pada waktu itu. Allahu Akbar!
“Nampak ja baik, tapi kahwin sebab terlanjur tu.” “Eh, kenapa tak bersalin lagi? Bukan ke dah pregnant hari tu?”
Sungguh! Hanya air matalah yang menemani saya waktu itu. Sampai nak menangis pun dah kering dah. Disebabkan hati saya yang sangat rapuh pada masa tu, saya pun ponteng kelas beberapa kali sebab saya tak tahan dengan ujian Allah yang kecil ni. Suami lah yang banyak memberi dorongan pada saya. Malah, umi akan telefon saya setiap hari. Sahabat-sahabat saya juga turut memberi dorongan dan semangat. Masya Allah, dengan begitu banyak bantuan Allah berikan waktu itu, maka saya perlu meneruskan kehidupan. Saya sudah memaafkan mereka. Alhamdulillah. Mungkin mereka tak tahu. Saya perlu positif.
Suami selalu berkata pada saya supaya tidak lagi sibuk memikirkan hal-hal kata orang yang beri apa-apa manfaat. Ketika itulah, suami banyak mengajarkan saya soal keyakinan. Saya lihat suami dengan penuh perasaan kasihan. Sedikit pun dia tidak terkesan dengan tohmahan orang pada kami. Dengan motor yang separuh nazak itulah membantu kami menjemput rezeki Allah. Setiap hari, beliau pulang dengan mengangkut baju-baju yang sarat ke rumah. Kami sama-sama melipat dan membungkus baju-baju tersebut setelah pulang dari kelas. Malah, sampai sekarang masih ada yang sebenarnya tak tahu yang kami tinggal serumah dan berniaga. Ramai yang sangka kami dibiaya oleh ibu bapa setiap bulan!
Suami selalu membawa saya meronda-ronda melawat kawasan banglo mewah di beberapa lokasi sekitar bandar, kami akan menjerit keterujaan setiap kali melintasi rumah-rumah yang kami impikan! Sesuka hati snap gambar dengan kamera telefon 2.0 megapixel sahaja waktu tu! Suami juga selalu membawa saya melintasi showroom kereta-kereta mewah! Alangkah terujanya kami apabila melihat Lamborghini atau Ferrari melintasi motorsikal kami atas jalanraya. Waktu itu jugalah suami saya akan memecut laju untuk mengejar kereta dan motor impiannya. Sampai sekarang, tabiat itu masih berlarutan! Kerana kami percaya, impian kami sudah semakin hampir!! Yesss...!!!
Setiap kali sewaktu menemaninya bekerja menghantar baju kepada pelanggan, suami saya akan selalu berkata pada saya setiap kali melintasi Bandar KL yang sarat dengan pembangunan :
“Yana, dunia semakin hari semakin maju, bangunan semakin hari semakin banyak, orang pandai semakin ramai, teknologi semakin canggih, duit pulak semakin susut nilainya.. Tapi…kita di mana? Sampai bila kita nak hidup macam ni?”
Saya akan menangis bila disentap dengan soalan begini. Soalan ini lah yang setiap kali akan menyentakkan lamunan saya pada . Setiap kali itu, saya melihat Bandar KL dengan satu tekad iaitu, banyak lagi benda yang harus difikirkan daripada melayan perkara-perkara yang sia-sia, apatah lagi tohmahan mereka yang langsung tak memberi apa-apa manfaat.
Hati ini sedih, tatkala ada suatu saat perbelanjaan kami terpaksa dikurangkan untuk menampung kos-kos yang lain, yang lebih utama. Waktu tetamu bertandang ke rumah, kami hanya mampu menjamu nasi berlauk sardin dan telur. Malah lauk itu juga dikongsi bersama-sama. Masya Allah, walaupun begitu kami sangat gembira kerana tetamu yang hadir itulah yang banyak mendoakan kami. Kerana kunjungan mereka lah, rezeki itu semakin melimpah. Masa itu kami belajar bahawa nikmat yang Allah berikan pada kita, jika diniatkan untuk manfaat orang lain, maka nikmat itu pasti digandakan Allah. Betul! Percayalah!
Kemudian, ditakdirkan masa tu suami mengerjakan haji, baru kahwin ni. Dah tu, pi U.S. pulak, kerana menyambung pembelajarannya di sana. Jadi, tinggallah saya seorang diri kat sini dalam tempoh yang agak lama. Perniagaan tak boleh stop. Rutin harian saya waktu itu, pagi-pagi bangun siapkan assignment, kemudian berkejar ke kelas sebab saya masih belajar. Habis kelas, saya akan menunggang motorsikal (dalam gambar) ni menghantar timbunan baju-baju ke kilang dan customer. Menangis waktu tu.... suami dah duduk jauh-jauh. Berbuka puasa pun sorang-sorang je. Petang pulak, saya dah kena get ready keluar awal-awal ke Pusat tusyen di Putra Height waktu tu. Habis mengajar dalam pukul 10 malam, naik motorsikal sorang-sorang balik ke rumah pukul 11malam.
Kemudian, barulah saya sedar, punyalah kuat suami saya ni dok bekerja setiap hari nak menyara kehidupan kami berdua ni masih belajar. Kalau suami ada, setelah mengajar tusyen, kami akan ke Uptown Kota Damansara pula membantu abang ipar meniaga sampailah pukul 3 ke 4 pagi. Hampir setiap hari. Sibuknya bukan main. Letih, tapi berkat doa ibubapa, perjalanan kami dipermudahkan lepas tu......
Nak tau tak bila hidup kami mula berubah sedikit demi sedikit....??
Kami waktu tu memang selalu tengok iklan seminar Dr. Azizan, tapi tak pernah langsung tergerak nak join. Sehinggalah pada suatu hari, rezeki Allah, suami telah didaftarkan ke salah satu seminar Dr. Azizan bersama kenalannya.
Kemudian, setelah beliau pulang dari seminar, saya lihat, usaha dan energi beliau lain macam pulak. Beliau excited sangat untuk bercerita pada saya ilmu yang dibelajar dalam kelas Doktor. Saya dengar jelah, sebab dia excited cerita kan. Sebab masa tu, saya fikir, suami sahaja yang berbisnes, saya tak minat! Pandangan saya terhadap dunia bisnes ni sempit sangat masa tu. Saya belum mengikuti suami menghadiri seminar-seminarnya walaupun FREE! Liat betul..
Satu hari, suami memaksa saya untuk hadir ke seminar Doktor. Masih ingat lagi, seminar yang pertama saya join ialah seminar Jutawan Industri. Pada masa itu, saya belum jelas dengan matlamat saya. Apabila mendengar ayat-ayat sentap dari Dr. Azizan, saya jadi tak keruan. “Sampai bila??” Terkejut sangat masa tu, tergerak hati, siapalah yang dimaksudkan suami tentang Dr.Azizan ni. Saya ikut sahaja disuruh bangun saya bangun, disuruh duduk, saya duduk, disuruh melompat, saya melompat. Saya masih tak mengerti. Apalah aura yang ada ada insan ini, boleh bercakap dan menggerakkan hati lebih 3000 orang di dalam dewan ni?? Perlahan-lahan, air mata saya menitik, tak dapat ditahan-tahan lagi apabila menyentuh tentang soal ibu dan ayah... Ohh... T_T
Selama seminggu, saya asyik terfikir apa yang Dr. Azizan cakap dalam seminar tersebut. Hati ni meronta-ronta nak tahu lagi! Maka, setiap kali ada seminar-seminar FREE nya, saya dan suami pasti akan hadir walaupun berkali-kali beliau ulang perkara yang sama! Kerana setiap kali seminar-seminar beliau pasti ada ILMU berbeza yang beliau ajarkan. Maka, saya tak akan rasa rugi untuk ponteng kelas atau ponteng aktiviti dan program universiti untuk hadir ke seminar-seminarnya. Malah, saya rasakan, ILMU itu sayang jika saya abaikan. Saya bukan mahukan pointer tinggi dalam kelas, yang saya mahukan adalah ILMU untuk cerahkan hati yang gelap, untuk melakar masa depan saya dengan lebih jelas! Kerana saya percaya, pointer tinggi bukanlah satu jaminan hidup anda akan berjaya! Siapa yang fikir macam tu.....ruginya anda...!
Setelah suami pulang dari IMKK 7 bulan lepas, awal tahun 2013, waktu itulah hidup kami mula berubah! Ketika suami pulang dari IMKK, saya bingung melihat keadaan suami yang sungguh dahsyat! Saya tak pernah tengok orang pergi belajar sampai demam-demam, mata bengkak, hilang suara dan langsung tak tidur malam, sebab banyak menangis! Saya benar-benar tak faham! Apa la yang Dr. Azizan buat pada dia sampai dia jadi macam tu! Suami pulak lepas balik IMKK tu, dia berubah sangat. Banyak benda dalam kehidupan kami yang telah di ubah dan di ‘alignment’ kan balik.
Dari situlah, sedikit demi sedikit perubahan mula berlaku dalam hidup kami. Tak tau nak cakap macam mana. Kemudian, suami telah pun mendaftar saya untuk IMKK Julai 2013. Barulah saya faham, patut lah suami sampai demam-demam IMKK sebelum ni. Kali ini, saya pun demam jugak, suami pun demam lagi.. sepanjang saya dalam IMKK tu, saya telah pun berdoa banyak kali dan sebut-sebut selalu bahawa ummi dan abah pasti akan join IMKK ni! Macam mana pun ujiannya, saya akan pastikan ummi dan abah saya akan join IMKK. Menangis saya ulang-ulang sebut! Kerap saya tulis perkara sama yang ibu bapa saya pasti akan merasa ILMU yang saya dah rasa ni. Masya Allah! Dengan izin Allah, satu hari yang best, suami kol saya dan cakap, dah daftarkan ummi dan abah saya ke IMKK Disember ini.
Alhamdulillah! Saya tak tahu nak cakap macam mana! Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan ni! Syukur Alhamdulillah!! Allahu Akbar!! Subhanallah! Allah kabulkan doa kami! Allah izinkan doa ini di ‘approve’kan.. Masya Allah, hebatnya Allah.!
Haa... dari saat itulah, satu demi satu berubah. Dari perkataan, perbuatan, amalan, kawan-kawan, rezeki, kesihatan, yang penting keberkatan.... semua berubah! Magiknya ILMU ini...
Jadi, tak mustahillah, Imam Syafi’i berpesan, “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ILMU. Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ILMU. Dan barangsiapa yang menginginkan keduanya maka hendaklah dengan ILMU.”
Terima kasih guru-guruku..!
Sekian sahaja.. Salam sayang..
P/S : Gambar yang saya kepilkan ini merupakan kenderaan 'rasmi' kami dahulu. Penuh barang ni, dengan saya sekali disumbatkan atas moto ni. Cer pikir dan bayangkan, camane tu...? hehehe...
untuk membaca kisah sebelum ini..
0 comments:
Post a Comment