Bunyi
macam sama. Tapi membuat duit dan membina kekayaan itu sebenarnya ada perbezaan
dalam persamaan.
Semalam
saya ada share pasal topik ni di page saya. Saya kata macam ni, "Ramai
orang nak buat duit. Bila dah buat duit, dia lupa bina kekayaan. Dia enjoy.
Sedangkan bina kekayaan itulah kunci kepada financial freedom.
Emmm... Macamana
tu, tanya adik Hasneta Azmi.
Macam ni ya dekkkk. You boleh buat banyak duit.
Jual air, jual kek, jual tudung dan sebagainya. Memang betul, kalau pandai
marketing, insyaallah boleh buat duit punyalah.
Tapi semuanya dibelanjakan. Dan akhirnya broke. Atau jatuh papa kedana.
Satu lagi senario, you mungkin tak buat banyak
sangat duit. You mungkin buat bisnes kek part time. Tapi you belajar invest
property, dan lama kelamaan rumah sewa you atau home stay you bertambah-tambah.
Dan di sini, you dah dalam kategori membina kekayaan.
Buat duit ni sebenarnya adalah mentaliti orang
kebanyakan. Tapi membina kekayaan itu adalah mentaliti orang kaya. Tak semua
orang ada mentaliti ini. Ramai yang buat banyak duit tapi at the end of the day
tak tau duit tu ke mana.
Kenapa kebanyakan orang tidak dapat bina
kekayaan? Kerana fokus mereka hanya untuk buat duit. Jual, jual dan jual
berpuluh tahun...Tapi tiada apa-apa. Rumah hanya sebuah untuk tinggal. Itu pun
nasib baik ada rumah. Kesian...mereka tak terdedah dengan ilmu pelaburan. Salah
siapa?
Orang yang hebat, orang berjaya, dia tak
salahkan sesiapa. Dia yang perlu sendiri ambil tanggungjawab untuk mencari ilmu
kewangan. Mencari ilmu pelaburan. Untuk membina kekayaan. Bukan semata-mata
untuk buat duit.
Dan kalau u ada ilmu bina kekayaan ini,
sebenarnya orang yang bekerjaya juga mampu bina kekayaan lebih baik lagi
daripada mereka yang berniaga.
Kerana yang berniaga merasakan mereka dah kaya,
dah ada banyak duit. Mereka dah ego. Dah rasa pandai sangat. Sedangkan mereka
hanya ada duit untuk rolling. Untuk sekadar hidup. Tapi sebenar-benarnya,
mereka belum bebas kewangan!..
Dan mereka tak tahu...ada orang yang bekerjaya
yang dah bebas kewangan!..Dah lama dia buat pelaburan hartanah. Dia
berdikit - dikit dahulu. Tapi dalam masa yang sama masih bekerja. Kerana dia
cintakan kerjayanya. Fokusnya untuk membantu. Bukan untuk wang ringgit kerana
dia dah ada segalanya.
Tapi orang bisnes? Hanya gah di mata. Kereta
mewah bukan sebiji, berbiji-biji. Itu ok jugak, ada jugak something. Yang dah
la kereta pun masih yang lama. Jangan kata main hartanah. Rumah yang tinggal
pun masih menyewa.
Maaf ya kalau ada yang terasa. Saya dulu pun
sama. Tinggal di rumah sewa bertahun-tahun lama. Dah mampu beli sebuah, rasa
macam itulah rumah sampai ke mati. Tiada ilmu property macam tu lah. Mentaliti
beli sebiji, dah rasa sentimental value sangat, sayang nak jual untuk invest
lagi.
Takut itu, takut ini....Sedangkan orang kaya,
inilah puncanya. Bisnes yang dia buat hanya sebagai mencantikkan akaun bagi
senang mendapat perhatian bank. Buatkan bank yang ingin berkenalan dengan kita,
ingin memujuk rayu kita..Hihii..
Faham ke faham uols?
Ok ye jutawan...Semoga anda semua jangan
terlupa untuk bina kekayaan. Bukan sekadar cari duit, tapi cambahkan duit
tersebut supaya duit boleh tumbuh dengan subur lagi.
Indahnya hati dengan beristighfar, bersyukur, berselawat dan bersedekah....
Indahnya hati dengan beristighfar, bersyukur, berselawat dan bersedekah....
0 comments:
Post a Comment