Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, September 14, 2014

NO, THANK YOU....


Assalamualaikum...

Happy Sunday u olss....

Semalam ada seseorang tanya saya macamana nak buat kalau dia ni takut dengan rejection. Saya tanya dia dah berapa kali kena reject?. Dia jawab sekali...Itu kali pertama dia keluar buat marketing dan terus kena reject!...

What?...Hihihi..Baru sekali dah frust?..Dah main biola?..Saya kata kat dia, senang jer...keluar lebih banyak lagi, dan biar kena reject lebih banyak lagi!..

Memang itu je lah ubatnya. Biar kena reject banyak-banyak sampai rasa immune. Sampai dah tak rasa apa kalau direject. Insyaallah kalau dah sampai tahap macam tu, lepas tu kita akan jadi konfiden.Jadi insyaallah lepas tu tak kena reject dah la.

Ada satu classic story...Citer pasal KFC..Pakcik Colonel Sanders ni sebenarnya memang ada bisnes restoran.Dan hot item dia adalah ayam goreng lah kan...

Ayam goreng dia punya lah sedap sampaikan driver-driver lori semua mesti kena singgah makan ayam goreng dia dan pastu teruskan perjalanan..Sejak itulah namanya makin dikenali...

Umur dia masa tu 63 tahun. U bayangkanlah...Umur 63 tahun punya semangat?..

Tapi... bisnes dia hampir bankrup. Sebab... kerajaan bina highway depan kedai dia. Kedai dia jadi terlindung dari pandangan.Jadi susah la pelanggan nak masuk kan..

Akhirnya dia terpaksa tutup restoran dia. Tapi dia yakin resepi dia ni sangat istimewa..Jadi dia bergerak dari kedai ke kedai untuk jual resepi dia.

Katanya, dia bukan mintak bayaran untuk resepi dia..tapi dia cuma mintak 1 sen untuk setiap ayam yang digoreng gunakan resepinya yang berjaya dijual.Itu jer...

Tapi itu pun orang tak nak!..

Kedai pertama yang dia pegi..Dia dapat jawapan, No, thank you....Dia terus ke kedai kedua. Masih jawapannya, No, thank you... Seterusnya dia pegi ke kedai yang ke 200..dan jawapannya tetap sama.No, thank you.

Tapi akhirnya kannnnn.... dia dapat juga jawapan YES!!..Dan kedai tersebut adalah kedai yang ke 1009!....Bayangkan!!..Dan dari situlah bermulanya legasi KFC sampai ke hari ni!..

Amacam?.. Sanggup?..

Ishhh malu la baru 2-3 kali kena reject dah main biola.Dari kisah KFC tu sebenarnya kita boleh faham satu 'law'. Iaitu, buat jer....at last mesti dapat!!.. Sapa bagitau baru sekali dua kena reject dan dah frust memang nak kena!..

Oraitttt?....

Okay, selamat berhari minggu uols dan berkasih sayang dengan family yer hari ni... ♡♡♡

Istighfar, selawat dan bersyukur sangat indah....

0 comments:

Post a Comment