Nak berniaga kan? Nak berjaya kan? Habis bila
diuji sikit kenapa menangis-nangis? Sekali menangis tak apa...Memang kita kena
jujur dengan diri sendiri. Kalau sedih sangat, menangislah..Tapi kalau setiap
hari menangisi..meratapi...Itu bukan sifat orang berniaga!..
Sebab, orang berniaga dia dah patut tahu segala
proses yang berlaku dalam perniagaan. Sepanjang proses perniagaan,
pasti akan berjumpa macam-macam dugaan. Itu normal. Itu perkara biasa. Jangan
ingat semua tokoh perniagaan yang berjaya terus-terus berjaya.
Minggu lepas, kami mengenali seorang pakcik ni.
Orangnya sangat humble, tapi rupanya seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Pakcik Abu Bakar ni mempunyai 3 buah stesyen minyak. Bila semakin mengenalinya,
rupanya beliau dulunya seorang tentera dan mempunyai 6 atau 7 orang anak. Saya
tak ingat. Yang pastinya, katanya lepas pencen dia dapat lebih kurang seribu
lebih. Macamana dia nak survive katanya? Ada anak nak belajar..yang nak minum
susu..Isterinya pulak tak bekerja.
Katanya, dia perlu bangkit!..Dia tak nak hidup yang
melarat. Dia nak bertanggungjawab ke atas pelajaran anak-anaknya.
Dia terfikir untuk berniaga. Dia berminat dalam
bisnes 'cleaning'.Tapi, dia tak ada pengalaman dalam bidang tersebut. Jadi,
usaha pertama dia untuk keluar dari zon selesa ialah dengan menjadi seorang
'cleaner' di Dayabumi katanya. Wow!...Dahsyat kan? Sanggup ke uolsss and iolss?
Huwaaaa....
Tengoklah macamana orang nak cari pengalaman?
Sambil dia cerita, nampak ada air yang keluar dari matanya. Sayu bila dia
cerita, masa interview dia nak jadi 'cleaner' tu, interviewer dia tanya, betul
ke nak jadi cleaner? Betul katanya...Sanggup ke cuci tandas? Sanggup
katanya..Boleh ke bersihkan longkang? Boleh katanya...
Dan lepas tu dia pun bermula..beberapa kali dia
terjumpa rakan-rakan setenteranya yang kebanyakannya lepas pencen, diorang ni
bekerja di Petronas Dayabumi sebagai orang yang berpangkat. Dan, mereka
terkejut kalau terjumpa dia tengah buat kerja sebagai cleaner. Berkali-kali
kawan-kawannya pujuk untuk sama-sama bekerja, tapi dia menolak.
Dan akhirnya, bermula dengan menjadi cleaner,
sekarang Pakcik Abu Bakar dah senang lenang. Dia ada 3 buah stesyen minyak di
Perak tapi diuruskan oleh anak-anaknya. Nampak tak bagaimana orang yang berjaya
memulakan langkahnya?..Perit tak?..Ingat senang-senang dia boleh dapat Stesyen
minyak tersebut? Tak ada cable pun kata Pakcik Abu Bakar.
Masa proses pemilihan 'dealer' stesyen minyak
tersebut, dia terpaksa bersama-sama 2000 orang calon berlumba-lumba untuk
dipilih sebagai 'dealer'. Lepas satu ujian, tinggal 1000 orang, lepas tu 200
orang, lepas tu 10 orang, dan akhirnya dia adalah antara 5 orang yang
terpilih!.Semasa proses tu, masing-masing dah hampir give up sebenarnya. Tapi
itulah, kata Pakcik Abu Bakar, buat bisnes jangan buat jahat kat orang..kalau
buat dengan ikhlas, Allah pasti akan bersama-sama kita. Itu pesan Pakcik Abu
Bakar.
Habis kita yang diberi sedikit ujian, dah nak give
up. Dah macam nak mati. Dah ingat diri tu seorang yang gagal. Dia ingat memang
suratan hidup dia tak boleh berjaya. Ye ke macam tu? Ya Allah, dalam perniagaan
ada proses sebenarnya. Ada masa timbul, ada masa tenggelam. Untung dan rugi
juga adalah lumrah atau asam garam dalam perniagaan.
Sebenarnya, seseorang peniaga yang berjaya ni
adalah mereka yang sudah diuji. Sanggup tak kalau ditimpa kesusahan? Sanggup
tak kalau waktu sale rendah atau order rendah bulan ni? Atau mungkin tak ada
order langsung? Sanggup tak mendapat komplen customer? Sanggup tak dapat
pekerja yang tak jujur? Semalam salah seorang stokis kami kedainya di masuki
pencuri. Itu pun ujian. Dia nak uji sama ada kita nak goyah atau tidak. Sama
ada kita nak menyalahkan Dia atau tidak?
Kalau peniaga yang berjaya, mereka dah lulus segala
ujian tersebut. Dan sebenarnya mereka sentiasa diuji, dan sentiasa pulak lulus
ujian. Bagi golongan ini, sama ada kalah atau menang, susah atau senang, hidup
dan mati dalam berniaga tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka. Mereka
dah faham dengan segala asam garam ini. Dan orang seperti ini adalah orang yang
bergantung sepenuhnya pada kuasa Allah Pemberi Rezeki.
WALLAHU'ALAM....
~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000
kali sehari~
0 comments:
Post a Comment