Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, September 30, 2014

THE POWER OF 5 KUPANG

THE POWER OF 5 KUPANG

Semalam ada seseorang tanya pada saya cara untuk menjadi ejen. Dan bila dia tanya pasal harga, terus terang saya katakan dia akan mendapat harga rm3.50 untuk sebekas kek.

Harga jual RM5. Dan dia kena tolak ke kedai atau point of salenya RM4. Bermakna dia akan dapat untung hanyalah 5 kupang!!... Itu kata orang kampung cek.. Orang KL cakap, 50 sen :)


Lepas tu dia pun macam nak marah je bunyinya.. Dia kata dia ni pembekal produk kepada Mydin, MAS, Tesco dan sebagainya. Jadi dia nak masukkan sekali kek kami ni. Dan dia nak harga special dan nak ambik direct dengan kami (HQ).

Sori dik, sistem kami macam ni, segala order adalah melalui Stokis (nama yang tertulis kat Timeline tu sahaja). Nak 1000 ke, atau 1 kontena sekalipun, kena melalui Stokis. Buat apa kami design sistem Stokis tapi boleh ambik direct dengan kami?.. Sistem apa macam tu?..Pelik pelik....

Dan terus terang, harga yang stokis dapat ialah RM2.50. Tak main sorok-sorok atau sembunyi-sembunyi. Dan stokis pulak tolak kepada dealernya  D, RM3.00. Nampak tak, dia dapat berapa? 5 kupang jer dekkkk....

Pastu dealer D, dia jual kepada ejennya E minimum 50 kek RM3.50. Berapa pulak dealer dia dapat? 5 kupang jugak!!!..

Dan akhirnya ejen nak tolak kedai berapa pulak? RM 4 pulak. Ejen E pun dapat 5 kupang atau 50 sen saja. Nampak ke?...

Agaknya selama ni ramai orang tertanya - tanya berapalah yang kami dapat ye. Kalau harga yang kami tolak RM2.50 tu, agaknya berapa kos kami? 

Terus terang, kos bahan mentah sahaja dalam RM1.20.Belum masuk harga bekas love tu RM0.55. Pastu, tenaga kerja lagi (35 orang) sewa premis lagi, kos minyak diesel lagi.... Campur tolak campur tolak, berapa syarikat dapat?...

5 kupang je sebijik kek dekkkk......

Tapi, macamana ek 50sen pun ramai yang bukan setakat boleh survive, tetapi menjadikan bisnes ni sebagai mata pencarian utama mereka.

Dan melalui 5 kupang ni, berapa ramai di kalangan kami dah bukak kedai?..Dah berapa ramai tukar kereta? Baru-baru ni Stokis Perak Utara kami Moon dan Jue siap beli Triton lagi!!...Ramai yang teringin?.Ramai yang menggigit jari???..Kerja dah berpuluh tahun tu...dah dapat ke beli kereta idaman?..

Heheee...Maaflah,bukan nak promote suruh jual kek kami ni.Cuma, nak tunjuk sistem berjemaah kami.Dengan hanya untung 5 kupang, telah memberi satu impak yang sangat besar kepada ramai orang!!...

Ada yang tanya, macamana dorang boleh buat ye?..

Jawapannya kami pun tak tahu...Cuma, mungkin disebabkan oleh the power of repeat sales kek ni yang sangat tinggi!

Dan satu lagi, adakah mungkin kerana keberkatan sistem berjemaah kami?..Yang mana 5 kupang ni dikongsi bersama-sama?..Tak kira stokis, dealer atau ejen...Semuanya dapat untung 5 kupang sahaja!!..

Inilah yang dikatakan The Power of 5 kupang!!!...

WALLAHU'ALAM....

♡Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari... :) ♡

0 comments:

Post a Comment