Social Icons

facebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, September 26, 2014

[ SOALAN : TIADA ILMU KEKUATAN BISNES ]

Soalan:

Assalamualaikum,
Saya sudah bekerja kerajaan selama 13 tahun dan selama itu juga saya sentiasa bercita - cita mahu membuka perniagaan tetapi tiada ilmu dan kekuatan. Kerana contoh yang biasa saya lihat perniagaan bukanlah mudah.. Itu dulu tetapi bila saya berjumpa Dr Azizan Osman dan rakan - rakan jutawan lain saya rasa saya ada harapan utk merealisasikan impian saya.

Jawapan:

Sebenarnya, kalau dah... ada ilmu..buat lah bisnes apa pun..insyaAllah rasa smooth saja. Rasa mudah saja.

Tapi bukanlah orang yang dah berjaya ni tidak diturunkan ujian. Mereka tetap ada cabaran tersendiri, malah lebih hebat lagi. Tapi, cara pemikiran mereka, cara tindakan mereka dah lain.

Dalaman mereka dah terlalu kukuh. Sukar untuk dirobohkan. Mereka tahu, semua itu ujian untuk sementara sahaja. Sebab itu mereka ni tak give up.

Dan jangan terlalu percaya dengan persepsi bahawa bisnes tu terlalu susah! Ini kerana kita terlalu terpengaruh dengan kata-kata budaya masyarakat kita yang tak suka berbisnes. Yang tak pernah pun berbisnes.

Jadi mereka cuma nampak yang gagal sahaja. Perasan tak, terlalu ramai orang kita yang berjaya di luar sana? Macamana mereka boleh berjaya?. Haa...cari mereka, berkawan dengan mereka, tiru attitude mereka! As simple as that!..

Kalau kita fikir susah, memang kita tak nampak jalannya. Tapi kalau kita fikir semuanya mudah, insyaAllah ada saja caranya.

Semua orang pasti ada harapan yang cerah. Bagi yang ada ilmu pasti faham hidup kita boleh di design. Jadi, nak takut apa?. Design dan serahkan saja pada Allah. Kan Allah dah kata Man Jadda Wa Jadda?

0 comments:

Post a Comment