Untuk menjadi orang yang berjaya, kita kena
pandai kawal hidup kita. Orang berjaya tak biarkan hidup dia ditentukan oleh orang-orang
sekeliling atau pengaruh luaran.
Kalau kita perhatikan, orang berjaya ni dia ada
impian dan matlamat hidup. Dia tahu apa yang dia nak. Dari awal lagi dia dah
design hidup dia.
Yang lain, dia ikut ja aturan hidup dia oleh
ibu-bapa atau cikgu atau kawan-kawan dia. Dia tak
pandai buat keputusan. Padahal dalam diri minat bisnes, tapi tak berani buat
keputusan. Yang lebih sedih, dia tak ada matlamat hidup. Dia ingat hidup ni macam
AUTO PILOT...Tak payah dan tak boleh di kontrol.
Sebenarnya ramai tak perasan. Kita boleh kawal minda
kita. Kalau kita pandai kawal minda kita, kita akan pandai kawal hidup kita. Kita
akan pandai design hidup kita.
Jangan biarkan minda kita bekerja secara AUTO
PILOT. Bermaksud, kita tak kontrol dia, sedangkan kita boleh kawal minda kita.
Macamana nak kawal minda?..
Tanyalah siapa pencipta minda?..Siapa tuan
dia?..Tentulah Allah Maha Pencipta. Jadi, nak kawal minda kena bermula dari
Pencipta dia. Setiap tindakan perlu dimulai dengan minta keizinan Dia. Barulah
kita akan rasa segala tindakan yang kita ambil itu adalah terbaik kerana
diiringi dengan meminta dengan Allah!..
Dan meminta dengan Allah itu banyak caranya...Kita
boleh berdoa, kita boleh menulis matlamat kita dan kita boleh sentiasa
berkomunikasi dengan Allah..Apa-apa pun akhirnya balik kepada Allah jua.
WALLAHU'ALAM.....
Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000
kali sehari..
0 comments:
Post a Comment